ERA digital kini menyaksikan ramai orang biasa mula menjadi popular dengan memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk berkongsi dan menterjemahkankarya mereka kepada orang ramai.

Di Malaysia misalnya, ramai yang mampu meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit hanya melalui platform digital seperti YouTube. Video masakan, kelakar mahupun nyanyian, semuanya laku bak pisang goreng panas.

Namun, artikel kali ini membawa anda keluar dari Malaysia, berkisarkan kisah seorang warga emas, sensasi YouTube dari India yang ‘bukan biasa-biasa’ ceritanya.


Gangavva Milkuri bukanlah bintang tipikal seperti anda kenali. Nenek kepada lapan cucu ini sebenarnya seorang yang buta huruf malah umurnya tidak diketahui kerana dia sendiri tidak tahu berapa umurnya.

Dari sebuah kampung kecil, Lambadipally di Telangana (selatan India), Gangavva sebenarnya bintang dalam rancangan My Village Show, saluran YouTube yang kini mempunyai lebih 1.6 juta subscribers.


Saluran tersebut pada asalnya dimulakan menantunya, Srikanth Sriram, seorang pembuat filem. Sembilan orang termasuk penulis, editor, jurukamera merakam video lucu tentang budaya di kampung dan kisah keluarga luar bandar.

Warga emas itu sebenarnya sebelum ini langsung tidak tahu apa itu YouTube sehinggalah menantunya menunjukkan medium itu kepadanya.

“Dia (Srikanth) sebelum ini merakam video pokok dan tanaman di kampung. Saya dulu selalu terfikir, mengapa dia bazirkan masa hasilkan video sebegitu.

Sebelum menjadi bintang YouTube, hidupnya bukanlah mudah. Tidak mendapat pendidikan sebaiknya, dia melakukan kerja-kerja ladang dan menggulung rokok untuk menampung kehidupan.

“Masa itu saya tidak pernah terfikir yang satu hari nanti saya akan berlakon dalam videonya,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Menurut Srikanth, ibu mertuanya itu benar-benar bersahaja ketika berada di depan kamera.

“Disebabkan dia tidak pandai membaca, krew perlu menerangkan setiap skrip kepadanya. Namun bila mula berlakon, segalanya nampak semulajadi dan menjadi,” ujarnya.
Sebelum menjadi bintang YouTube, hidupnya bukanlah mudah. Tidak mendapat pendidikan sebaiknya, dia melakukan kerja-kerja ladang dan menggulung rokok untuk menampung kehidupan.

“Saya rasa mungkin orang suka cara saya bercakap,” kata Gangavva.

Sebelum menjadi bintang YouTube, hidupnya bukanlah mudah. Tidak mendapat pendidikan sebaiknya, dia melakukan kerja-kerja ladang dan menggulung rokok untuk menampung kehidupan.

Sebelum menjadi bintang YouTube, hidupnya bukanlah mudah. Tidak mendapat pendidikan sebaiknya, dia melakukan kerja-kerja ladang dan menggulung rokok untuk menampung kehidupan.

“Suami saya ketagih arak. Saya terpaksa pikul semua tanggungjawab dan sediakan kelengkapan buat tiga anak saya,” katanya.

Namun, semuanya berubah apabila dia menjadi bintang My Village Show yang berjaya menarik lebih daripada 265 juta pengguna aktif saban bulan.

Memaparkan kisah kehidupan di kampung - dari kisah sambutan Diwali sehinggalah masalah internet - My Village Show berjaya menghiburkan hati ramai penonton.

Kemuncaknya, pada 2019, saluran itu mendapat plak emas daripada YouTube selepas berjaya mendapat satu juta subscribers.

Sebelum menjadi bintang YouTube, hidupnya bukanlah mudah. Tidak mendapat pendidikan sebaiknya, dia melakukan kerja-kerja ladang dan menggulung rokok untuk menampung kehidupan.

Ternyata, pengaruh Gangavva dalam video tersebut sangat hebat dan kini, warga emas itu turut mempunyai akaun Instagram, lebih 45,000 pengikutnya.

“Saya suka berada di depan kamera, saya suka berlakon. Saya gembira mengetahui ramai orang dari seluruh India melihat video yang kami hasilkan.


“Sekarang saya juga banyak berswafoto dengan penduduk kampung,” ujarnya.

Dengan wang diperoleh daripada saluran itu, Gangavva kini mempunyai pendapatan tetap, mampu membayar semua hutang dan berharap mampu membina rumahnya sendiri pada masa depan.

Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !