Sheikh Muszaphar dapat bayi kembar, kongsi tarikh lahir sama
Kegembiraan berganda buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai.
Gempak
Fri Jul 28 2017
Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya semalam.
KEGEMBIRAAN berganda buat angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pagi semalam pada tarikh yang sama dengan hari jadinya, 27 Julai.
Kedua-dua bayi lelaki kembarnya dilahirkan isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos secara normal.
Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadinya semalam.