KUALA LUMPUR:Isteri Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, Datin Dr Halina Mohd Yunos, selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang merupakan anak kelima dan keenam mereka, di Pusat Perubatan Sunway semalam.
Menurut satu kenyataan, bayi kembar itu masing-masing dilahirkan pada pukul 9.47 pagi dan 9.48 pagi.
“Bayi lelaki dilahirkan dengan berat 2.26 kilogram (kg), manakala bayi perempuan dengan berat 2.17 kg.
“Dr Sheikh Muszaphar sangat gembira dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar,” demikian menurut kenyataan tersebut, pada Jumaat.
Jelas kenyataan itu lagi, isteri dan anak-anak Dr Sheikh Muszaphar berada dalam keadaan sihat.
Sementara itu, Dr Sheikh Muszaphar dalam kemas kini di laman Instagramnya hari ini menzahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata itu, selain menyifatkan ia kegembiraan berganda buat mereka.
Pakar bedah ortopedik itu menambah, beliau dan isteri pernah berdepan pengalaman sama dikurnia anak kembar, sebelum ini.
"(Mereka) lapar pada masa yang sama, bangun pada masa yang sama, tidur pada masa yang sama (serta) enggan berpisah.
"(Mereka) hanya tidur bila bersama. Itulah keindahan pasangan kembar," tulisnya dalam entri tersebut, hari ini.
Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.
BACA : 'Saya pernah jumpa Neil Armstrong' - Angkasawan Negara jawab mitos ekspedisi ke bulan
Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas dan ia adalah hasil program yang dilhamkan pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang warga Malaysia ke ISS.
Ia sebagai sebahagian daripada program pembelian 18 jet pejuang Sukhoi buatan Rusia bernilai RM3.4 bilion.
Hasimi Muhamad
Sat Nov 21 2020
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina bersama bayi kembar mereka di Pusat Perubatan Sunway, pada Jumaat. - Gambar Newborn.heartshotfocus
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tahniah! Dr Sheikh Muszaphar dan isteri dikurnia sepasang lagi bayi kembar
Bayi kembar lelaki dan perempuan itu masing-masing dilahirkan pada pukul 9.47 pagi dan 9.48 pagi.
PKP: Pengalaman saya di angkasa mampu dijadikan panduan - Sheikh Muszaphar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada tahun 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat.
Angkasawan Negara kongsi tip latih anak berpuasa pada usia 5 tahun
Wah bagusnya! Kecil-kecil dah puasa...
"Every child is different..." Dr. Sheikh Muszaphar nasihat jangan bandingkan anak
Bijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar...
Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.
Pencarian angkasawan negara kedua bermula September
Pencarian bakal angkasawan negara kedua akan dimulakan September depan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).