Diana kesal dengan apa yang berlaku dan berharap agar mereka dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
“Kurang ajar! siap main acah acah nak tetak kakak tu yg dah tak tau nak lari mana. Malas & sel otak tak mampu berhubung sampai susah nak kerja cari duit halal tapi rajin pulak samun orang.
“Semoga ditangkap dan diberi peluang utk betulkan diri sebelum kau ditetak oleh org lain pulak dek perangai samseng cap ayam,” tulisnya.
BACA: Kes bunuh kucing: Pelaku ada masalah mental, perlukan kaunseling
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu meluahkan rasa marahnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam entri yang sama dia turut memuat naik rakaman CCTV tersebut.
Rata-rata turut menyokong apa yang dikatakan oleh pelakon Gol & Gincu Vol. 2 tersebut.
Sedikit maklumat mengenai kejadian tersebut, ia dipercayai berlaku di Bandar Puteri Jaya, Kedah.
Menerusi rakaman CCTV menyaksikan wanita malang itu secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan berbual sebelum menyamun telefon bimbit mangsa.
Selain itu, suspek mengacukan parang ke arah mangsa dan merampas beg tangan.
Mangsa juga diarah menyerahkan rantai tangan sebelum seorang lagi lelaki muncul dan meragut rantai leher dengan menyelak tudung mangsa.Kedua-dua penjenayah itu kemudian melarikan diri.