HAKIM Puerto Rico telah mengeluarkan surat perintah sekatan (restraining order) terhadap penyanyi popular Ricky Martin pada Jumaat lalu.
Jurucakap polis Puerto Rico, Axel Valencia memberitahu media antarabangsa bahawa pihak berkuasa telah ke kediaman Martin di Dorado untuk menahannya namun sehingga kini penyanyi itu gagal dikesan.
"Sampai sekarang, polis masih belum menemuinya," kata Valencia seperti laporan AP.
Difahamkan satu aduan telah dibuat terhadap Martin di bawah Akta Pencegahan Keganasan Rumah Tangga dan Intervensi Puerto Rico atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap seorang individu yang identitinya dirahsiakan.
Menerusi aduan itu pendakwa memohon perintah mahkamah agar Martin tidak menghubungi atau menghampirinya.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Martin menafikan dakwaan terbabit.
"Tuduhan terhadap Ricky Martin yang merujuk kepada perintah mahkamah itu tidak benar dan rekaan semata-mata.
"Kami yakin semua tuduhan akan terjawab apabila fakta sebenar dikeluarkan," katanya memetik majalah People.
Terdahulu, beberapa hari sebelum perintah mahkamah dikeluarkan, bekas pengurus Martin, Rebecca Drucker telah memfailkan saman terhadap penyanyi itu atas tuduhan melanggar kontrak.
Saman bernilai kira-kira RM13 juta itu mendakwa Martin tidak membayar komisen sepanjang Drucker berkhidmat dengannya.
Drucker menjadi pengurus Martin dari tahun 2014 hingga 2018 dan Mei 2020 hingga April 2022.
Sumber: AP, People
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Mon Jul 04 2022
Jurucakap Martin menafikan dakwaan terbabit. - Gempak
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
Selepas disaman RM13 juta, Ricky Martin didakwa lakukan keganasan rumah tangga pula
Dua masalah datang serentak!
Ricky Martin, pasangan timang cahaya mata perempuan
Penyanyi Ricky Martin dan suaminya Jwan Yosef menyambut kedatangan tahun 2019 dengan menimang cahaya mata bersama. Bayi perempuan itu dinamakan sebagai Lucia Martin-Yusef.