PENYANYI Ricky Martin dan suaminya Jwan Yosef menyambut kedatangan Tahun Baharu 2019 dengan menimang cahaya mata bersama.

Bayi perempuan itu dinamakan sebagai Lucia Martin-Yosef.

Martin berkongsi keterujaannya itu di akaun Instagramnya dengan turut memuat naik foto jari halus bayi itu.


“Inilah detik-detik istimewa buat kami dan kami tidak sabar untuk membesarkan anak ini bersama di masa akan datang”, tulis Martin di ruangan kapsyen.

Martin sebelum ini mempunyai anak kembar lelaki Valentino dan Matteo yang berusia 10 tahun.

Pada Januari 2018, Martin, 47, mengumumkan yang dia telah pun berkahwin dengan kekasih sesama jenisnya, Jwan Yosef yang berusia 34 tahun.