PEJAM celik, pejam celik 365 hari sudah berlalu.
Selama tempoh itu juga, penyanyi terkenal tanah air, Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19.
Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ditangisi ramai kerana pada penghujung hayatnya, Allahyarham sedang sarat hamil anak keempat hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan ahli perniagaan berjaya, Shuib Sepahtu.
Takdir menentukan Siti Sarah dijemput ke negeri abadi meninggalkan cahaya mata keempat sebagai meneruskan kasih dan sayang selebriti yang sangat disayangi ramai itu.
Ayash Affan dilahirkan secara pembedahan dua hari sebelum ibunya menutup usia.
Tiga hari lalu, Ayash Affan yang genap usianya setahun dikelilingi oleh ayah, adik-beradik, kaum keluarga serta rakan-rakan yang meraikan kehadirannya dengan penuh kasih sayang.
Semua itu terpancar pada perkongsian yang dibuat oleh Shuib menerusi media sosial terutamanya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya.
Kata Shuib perkongsian di akaun media sosialnya itu merupakan kenangan berharga buat dirinya.
“Simpan buat kenangan, hari lahir Ayash Affan yang pertama, 06.08.2022”, tulis Shuib ringkas pada kapsyen.
Dalam perkongsian sama, Ayash menerima dua biji kek sebelum dinyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday oleh Shuib dan keluarganya.
Sambutan sederhana namun cukup bermakna itu turut dihadiri ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani dan bapa mertuanya, Raisuddin Hamzah.
Perkongsian Shuib juga mendapat maklum balas daripada ramai selebriti yang menitipkan doa buat Ayash.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir satu juta tontonan dan 130,000 tanda suka.
Selain Ayash, perkahwinan Shuib dan Sarah turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, 11, Dzahira Talita, 9 dan Ariq Matin, 7.
Astro Awani
Tue Aug 09 2022

Ayash Affan genap setahun usianya pada 6 Ogos lalu.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Shuib, Watie naik pelamin Jun ini
Tidak lama lagi Shuib akan umumkan tarikh pernikahannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah

Shuib akui sedia akhiri zaman duda
Shuib dedah ada ketika anak-anaknya luah rasa rindu dan menangis kenangkan ibu mereka.

"Selamat hari lahir Ayash Affan" - Shuib rai ulang tahun pertama anak bongsu
Hari ini juga genap setahun Siti Sarah Raisuddin kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19.

'Tugasan berat untuk digalas' - Misha Omar kongsi perbualan segmen 'tribute' dengan Siti Sarah
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM, UKM pada 9 Ogos tahun lalu.

Shuib menyesal termarah, terkilan tak sempat minta maaf pada Sarah
Shuib terkilan kerana termarah pada isterinya di dalam hati kerana arwah meminta nasi putih bersama telur goreng dan kicap pada 2.30 pagi.

Shuib tidak galak anak-anak jadi artis
Kata Shuib, biarlah Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin berkongsi bakat seni dalam lingkungan keluarga sahaja.

Siapa wanita "misteri" dipeluk anak Shuib Sepahtu?
ANAK perempuan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahr, 9, dilihat sudah menyayangi seorang wanita yang dikatakan telah menemaninya dan menggembirakannya.

"Anak yang ditatang, diiqamat sejak hari pertama.. masih perit" - Luahan rindu bapa Siti Sarah
"Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dulu sebelum anak. Tapi siapa kita untuk melawan takdir?"

'Shuib terharu dapat sentuh, kucup Ayash' - pesan Siti Sarah agar jaga zuriat jadi anak soleh
Selepas kehilangan isteri kesayangan, selebriti Shuib Sepahtu yang juga bergelar usahawan berjaya, meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan permata hati keempatnya, Ayash Affan.

COVID-19: Abang Allahyarham Siti Sarah dimasukkan ke ICU
Ahmad Firdous ditidurkan sejak pukul 5 pagi bagi membolehkan paru-parunya berehat, kata abang iparnya, Shuib Sepahtu.