PELAKON dan penyampai radio Era, Fazziq Muqris menjelaskan dia masih dalam keadaan baik selepas berdepan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan misteri di konti baru-baru ini.
Tidak merasa trauma dengan kejadian tersebut, Fazziq dalam masa sama berkata di tidak mahu mengulas lanjut mengenai situasi misteri itu, sebaliknya ingin melupakan sahaja.
“Saya kalau boleh tak mahu ulas lagi isu itu sebab khuatir akan jadi meleret. Sebab perkara ini sudah lepas, walaupun dah tular sehingga ke Indonesia dan negara lain, tetapi elok lupakan.
“Situasi itu mengejutkan saya. Pada mulanya saya hanya niat nak bersuka sahaja lakukan live dengan peminat di TikTok cerita topik pasal sekolah, tiba-tiba ada seseorang meluahkan perasaan yang mengerikan.
“Alhamdulillah, saya tidak trauma pun sampai sekarang. Saya percaya hantu tidak wujud, tetapi jin dan makhluk halus itu wujud.
“Saya pun tidak pasti siapa yang membuat panggilan itu, takut benda halus itu yang kacau saya. Saya sendiri tiada jawapan yang kukuh siapa dia itu,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap dirinya.
“Susulan kejadian tersebut, alhamdulillah saya baik-baik sahaja. Ramai orang risau dan khuatir dengan saya selepas kejadian pada hari itu. Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat pada saya.
“Balik rumah saya boleh tidur dengan lena sahaja, tidak terganggu sehingga terbawa-bawa ke rumah.
"Saya percaya pada agama dan Allah, alhamdulillah semuanya baik,” tambahnya.
Terdahulu, Fazziq yang mengendalikan segmen 40 Era berdepan situasi menyeramkan apabila tiba-tiba menerima panggilan daripada seorang wanita yang menangis dan meminta tolong sebelum mengilai.
Kejadian tersebut berlaku sewaktu Fazziq bersama rakan setugas Zaid membuat sesi siaran langsung bersama pendengar Era di laman sosial TikTok.
Sesi tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula orang beberapa pengguna laman sosial itu sehingga menjadi tular. -Gempak
Gempak
Fri Mar 17 2023
FAZZIQ: Alhamdulillah, saya tidak trauma pun sampai sekarang. Saya percaya hantu tidak wujud, tetapi jin dan makhluk halus itu wujud. -Gempak
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
'Saya tidur lena jer' - Fazziq Muqris nafi trauma selepas terima panggilan wanita mengilai
-Balik Rumah Saya Tidur Lena Je-- Fazziq Muqris Tidak Trauma Selepas Terima Panggilan Wanita Menggilai
Pemanggil wanita mengilai ketika ke udara bukan taktik 'marketing' - Fazziq Muqris
Menurutnya, jika kejadian itu adalah satu taktik, sudah pasti ia sudah lama dirancang oleh pihak radio.
Fazziq terima panggilan pendengar mula-mula menangis minta tolong, tiba-tiba mengilai
Wanita itu mula-mula menangis dan sedih kerana dia tidak dapat selesaikab hajatnya dan meminta Fazziq menolongnya.