PENYAMPAI Radio Era, Fazziq Muqris menolak dakwaan bahawa panggilan misteri seorang pemanggil wanita yang mengilai di akhir perbualan sebagai satu taktik 'marketing'.
Menurutnya, jika kejadian itu adalah satu taktik, sudah pasti ia sudah lama dirancang oleh pihak radio.
"Ini bukan 'marketing'. Saya rasa ramai yang tengok video tersebut dan boleh lihat macam mana reaksi saya ketika itu.
"Saya juga seorang pelakon, namun reaksi yang anda lihat dalam video itu adalah benar.
"Lagipun kalau nak cakap ini 'marketing', mungkin sudah lama saya rancang benda ni dan buat lebih lagi daripada apa yang anda saksikan," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Fazziq terima panggilan pendengar mula-mula menangis minta tolong, tiba-tiba mengilai
Bagi Fazziq, terdapat banyak lagi kaedah atau cara lain yang boleh dilakukan berbanding apa yang tular baru-baru ini jika benar ia adalah untuk 'marketing'.
Pada masa sama, Fazziq yang juga pelakon dalam siri Astro Original, "Projek: High Council" meminta orang ramai yang berniat untuk melakukan 'prank' sebegitu agar menghentikannya.
Baginya, perkara ini bukan satu bahan jenaka dan sekali gus boleh memberi impak negatif kepada orang lain.
“Kalau nak buat 'prank' macam ini, tolonglah hentikan. Nak buat dekat saya, mungkin saya boleh terima. Tapi benda ini mungkin bagi impak negatif kepada orang lain juga,” tambahnya.
Terdahulu, Fazziq Muqris berdepan dengan situasi menyeramkan semasa ke udara apabila pemanggil wanita yang ke udara bersamanya tiba-tiba mengilai panjang di akhir perbualan.
Video kejadian yang sempat dirakam seorang pendengar @SyakireenOthman ketika Fazziq bersiaran langsung itu tular di media sosial dan menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.
Asyraf Roslan
Sun Mar 12 2023

FAZZIQ: Ini bukan 'marketing'. Saya rasa ramai yang tengok video tersebut dan boleh lihat macam mana reaksi saya ketika itu. -Foto Instagram/@FazziqMuqris
Geng parang rompak hab penghantaran barang
Sekumpulan penjenayah bersenjata parang rompak syarikat hub penghantaran barangan dan melarikan wang tunai RM46,000.
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.

'Saya tidur lena jer' - Fazziq Muqris nafi trauma selepas terima panggilan wanita mengilai
-Balik Rumah Saya Tidur Lena Je-- Fazziq Muqris Tidak Trauma Selepas Terima Panggilan Wanita Menggilai

Pemanggil wanita mengilai ketika ke udara bukan taktik 'marketing' - Fazziq Muqris
Menurutnya, jika kejadian itu adalah satu taktik, sudah pasti ia sudah lama dirancang oleh pihak radio.

Fazziq terima panggilan pendengar mula-mula menangis minta tolong, tiba-tiba mengilai
Wanita itu mula-mula menangis dan sedih kerana dia tidak dapat selesaikab hajatnya dan meminta Fazziq menolongnya.