KUALA LUMPUR: "Saya tak kisah kalau dipanggil Tokti semasa bersama peminat tapi dalam majlis tertentu, lebih baik dipanggil dengan nama Siti Nurhaliza,"
Itu respon penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkenaan isu peminat kurang senang dengan panggilan Tokti sehingga menenggelamkan 'jenama' Siti Nurhaliza itu.
Bagi pelantun lagu Nirmala itu, perkara tersebut tidak menjadi masalah buatnya namun beliau tidak mahu sehingga ada pihak tidak dibenarkan untuk memanggilnya dengan panggilan mesra yang sudah sinonim dengan dirinya itu.
“Kalau nak kata jangan panggil saya Tokti panggil saya Siti Nurhaliza, saya tak nak sampai macam itu sekali, tapi kalau boleh dalam keadaan tertentu yang melibatkan sesuatu yang formal perlu menyebut nama saya Siti Nurhaliza,” ujarnya.
Pada masa sama, pengasas jenama SimplySiti dan Beausiti ini juga menyatakan tidak terfikir untuk menetapkan panggilan seperti apa yang dilakukan oleh teman baiknya, Krisdayanti.
“Setiap orang ada keinginan ada protokol dia, saya faham macam teman saya (Krisdayanti) dia dah menjadi wakil rakyat di sana lebih baik dia dipanggil seperti nama dia yang tertera dalam kad pengenalan dia, tapi saya tetap berkata begitu jika ada acara formal baru panggil saya dengan nama Siti Nurhaliza,” tambahnya.
BACA: Krisdayanti tukar nama, mahu guna nama seperti dalam kad pengenalan
BACA: Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di sesi Meet and Greet di Jelajah Jiwa SME yang berlangsung di The Curve, Damansara selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad.
Terdahulu timbul isu di media sosial di mana beberapa peminat yang mahukan Siti Nurhaliza dipanggil dengan namanya yang sebenar dan bukannya dengan panggilan Tokti.
Asyraf Roslan
Sat Nov 25 2023

Siti Nurhaliza menyatakan tidak terfikir untuk menetapkan panggilan seperti apa yang dilakukan oleh teman baiknya, Krisdayanti. - Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Saya tak kisah orang panggil Tokti tapi..." - Siti Nurhaliza
Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak kisah untuk disapa sebagai Tokti ketika bersama dengan peminat.