BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dugaan.
Kata-kata tidak mampu lagi untuk menterjemahkan betapa berat sekali ujian yang ditentukan buatnya.
Kehilangan dua orang tercinta dalam selang masa dua tahun bukan sesuatu yang mudah untuk diterima sesiapa sahaja.
Pada 24 Mac 2017, suami tercinta, Johan Nawawi kembali ke rahmahtullah pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Ketika kesedihan selepas pemergian ketua keluarga itu masih belum hilang sepenuhnya dalam diri, Nora Ariffin sekali lagi diuji oleh Yang Maha Esa apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif pula menyusul mengikut bapanya ke negeri paling abadi pada Sabtu.
Dan Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin tidak memiliki pilihan lain selain menerima dengan reda ujian kali kedua ini.
Menghantar anak tercinta ke liang lahad bukan sesuatu yang mahu dilakukan oleh seorang ibu sepertinya.
Tetapi, sebagai umat Islam, Nora reda dan menerima ketentuan ini kerana menyedari dan memahami hukum dunia bahawa yang hidup pasti akan kembali kepada Pencipta.
Segala-galanya sudah tertulis di loh mahfuz bahawa Alif hanya dipinjamkan oleh Allah untuk berbakti pada ibu dan keluarganya selama 20 tahun.
"Tiada ibu mana yang expect (jangka) anak umur 20 meninggal kan. Dia sihat-sihat saja masa hantar saya ke airport (pada sebelah pagi Sabtu).
"Malam sebelumnya dia happy nyanyi-nyanyi dengan Puteri (adiknya). Never expect (tidak pernah jangka), tiada apa-apa (kesakitan) sebenarnya (pada Allahyarham Alif)," kata Nora ketika diwawancara oleh wartawan pada Ahad.
BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia
BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya
Pemergian Alif yang juga seorang pelajar jurusan perfileman di Unversiti Teknologi Mara (UiTM) disambut dengan kedukaan yang mendalam dalam kalangan keluarga dan sahabat karib.
Awan mendung ketika jenazah Allahyarham Alif dibawa ke Masjid Kampung Tunku, di sini seakan sama-sama meratapi pemergian arwah yang dikenali sebagai seorang yang sangat rapat dengan ibunya.
Seberat-berat mana sekalipun beban perasaan yang sedang ditanggung, Nora bagaimanapun berkata, dia reda dengan pemergian Alif ke tempat berehat paling abadi.
"Saya reda... (Alif) anak yang baik...," ujar wanita berusia 46 tahun itu lagi.
Alif dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur berhampiran pusara ayahnya dalam hujan lebat.
Alam seakan sama menangisi pemergian Muhammad Syakir Alif untuk menemui Allah SWT.
Selamat berehat wahai Alif. Kami pasti ibu, abang, adik, saudara-mara, sahabat karib dan seluruh kenalan akan merindui kamu sebagai seorang anak yang baik dan sahabat yang tidak pernah lokek dengan senyuman.
Doa kami, semoga kamu ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah...
BACA: 'Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..' - Nora
BACA: "Bedah siasat arwah Alif tiada yang pelik" - Nora
Saharudin Musthafa
Sun Dec 15 2019

Muhammad Syakir Alif membawa seluruh kasih sayang dan kecintaan pada ibunya, Nora Ariffin ke negeri abadi. - Gambar Instagram NORA ARIFFIN
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

"Saya reda, Alif anak yang baik" - Nora Ariffin
Nora terima dengan reda pemergian anak tercintam, Muhammad Syakir Alif ke rahmahtullah.

"Bedah siasat arwah Alif tiada yang pelik" - Nora
Hasil bedah siasat yang dilakukan pada jenazah Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan tidak menemui sebarang petunjuk yang pelik.