FILEM aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.
Sempena pelancaran filem itu pada Selasa, poster rasmi filem yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos itu turut dilancarkan.
Filem tersebut merupakan kerjasama mega empat penerbit iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad berkata, gabungan pengalaman dan kepakaran kreatif yang ada pada setiap pihak, mampu memberi kelebihan dalam menghasilkan sebuah filem yang berkualiti tinggi dan tampil dengan rangka pemasaran yang meluas.
“Kami yakin dengan dua gabungan syarikat media Malaysia, Media Prima dan Astro bersama Infinitus Gold dan mm2 Entertainment mampu mencipta sejarah baru dalam industri perfileman tanah air," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
"Dengan Strategi promosi telah dibuat sejak berbulan lalu dan kini kami rasa teruja kerana tiba masanya untuk melaksanakan secara menyeluruh dengan kempen utamanya adalah Sangkar Bukan Sekadar Pertarungan,” katanya lagi.
BACA: Zul Ariffin, Aman RA iringi Jihin ke gelanggang kemenangan
BACA: MMA: Jihin gegarkan KL dengan kemenangan 'triangle choke'
Trailer berdurasi 1:50 minit itu memaparkan aksi pertarungan MMA di antara Johan (Remy Ishak) dan Adam (Zul Ariffin) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharungi mereka.
Selain Zul dan Remy, filem arahan Kabir Bhatia ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain tanah air seperti Mira Filzah, Adam Mika, Ray, Fadlan Hazim, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh dan Rashid Salleh yang juga merupakan Presiden Persatuan MMA Malaysia (MASMMAA).
Filem ini juga menyaksikan kemunculan beberapa atlet profesional MMA sebenar seperti bekas petarung UFC James 'Sledgehammer' Mcsweeney, serta atlet tempatan dari ONE Championship iaitu Saiful Merican, Peter Davis dan Jihin Radzuan.
Runut bunyi rasmi lagu tema yang mengiringi filem ini berjudul ‘Fighter’ dan dinyanyikan oleh rapper popular, Aman RA.
Nantikan filem Sangkar yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 29 Ogos 2019.
Pengguna laman sosial juga boleh menggunakan tanda pagar #SangkarMovie bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.
Haider Yutim
Tue Jul 16 2019
Trailer memaparkan aksi pertarungan MMA di antara Johan (Remy Ishak) dan Adam (Zul Ariffin) serta liku-liku kehidupan yang terpaksa diharungi mereka.
Aceh berterima kasih kepada dunia
Aceh berterima kasih dan menghulurkan tangan penghargaan kepada warga global dan penderma yang bermurah hati membantu dalam proses pembangunan semula wilayah itu pasca gempa dan tsunami 2004.
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Lelaki menang loteri nekad tikam isteri, bunuh 2 anak apabila rahsia terbongkar
Kedua-dua anaknya, Adam, 11, dan Matthew, 5, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpegangan tangan.
'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi
Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.
Kaka Azraff bakal nikah hari ini?
Wah tahniah Kaka Azraff dan Adam!
Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.
Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.
Fiza Elite kecewa dituduh sebagai punca rumahtangga bergolak
Fiza meminta supaya orang ramai tidak bertanyakan lagi soalan-soalan berkaitan kontroversi mengenai pergolakan rumahtangga mereka.
Rumahtangga didakwa bergoyah, Adam AF2 tidak mahu komen
Jelas Adam dia memohon semua pihak berikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya itu.