Dalam ketiga-tiga kotak yang hilang itu terdapat sekurang-kurangnya 312 helai tudung untuk dijual sempena Letop Lebaran 2018 di negara jiran itu.
"Sedih dan reda dengan apa yang berlaku hari ini.
"Petang tadi dapat call dan diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung Sherry Scarves hilang dalam perjalanan!
"Dan kotak-kotak selebihnya semua dalam keadaan basah.
"Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (jumlah tudung sebanyak 312 helai)," tulisnya di laman Instagram Khamis malam.
Bagaimanapun, Sherry pasrah dengan dugaan yang menimpa perniagaannya dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan.
BACA: Hilang 9 telefon bimbit, pejabat Sherry Ibrahim dimasuki pencuri
"It's okay, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team Sherry Scarves.
"Tak semua sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal.
"Mungkin itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang.
"Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," tambah Sherry.