Penyanyi wanita popular Indonesia, Rossa bakal bergandingan dengan kumpulan sensasi Korea Selatan, Super Junior dalam satu projek usaha sama antara syarikat label muzik SM Entertainment dan PT Trans Media Corpora.
Penyanyi yang popular dengan lagu Pudar itu bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama kumpulan berkenaan dan akan berkolaborasi dari segi pengurusan bakat, produksi kandungan visual dan platform mudah alih.
Pada september 2018, PT Trans Media Corpora telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat pengurusan bakat hiburan Korea Selatan, SM Entertainment.
Dalam satu sidang media di Jakarta pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif CT Corp, Chairul Tanjung berkata, tujuan utama kolaborasi itu adalah untuk mempromosikan artis Indonesia ke luar negara, terutamanya di Korea Selatan.
Rossa merupakan artis pertama yang akan berkolaborasi dengan syarikat gergasi itu.
Menurut portal berita Kompas.com, kedua-dua syarikat itu berhasrat untuk memastikan bahawa bakat artis Indonesia setanding dengan bakat artis antarabangsa.
SM Entertainment merupakan salah satu agensi terbesar di Korea Selatan yang dapat memberi kelebihan terutama dari segi pengurusan bakat, uji bakat, latihan dan strategi pemasaran.
"Kami berharap kerjasama ini bakal menjadi," kata Chairul
Namun begitu, single terbaharu yang merupakan kolaborasi antara Rossa dan Super Junior masih lagi dirahsiakan.
"Saya tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terhasil dari kerjasama ini," kata Rossa yang ditemui di majlis sama.
"Sejujurnya, saya masih gugup," kata penyanyi yang telah menghasilkan 17 album itu.
Dalam pada itu, ahli kumpulan Super Junior, Leetuk juga berkata, Rossa merupakan penyanyi pujaannya.
"Rossa sangat dikenali di Indonesia sebagai penyanyi yang mempunyai 17 tahun pengalaman. Ia merupakan satu penghargaan," kata Leetuk.
Popular sekitar tahun 2015, Super Junior merupakan kumpulan muzik lelaki yang menjadi pujaan dunia.
Afiq Ariffin
Fri Feb 22 2019

Rossa dan ahli Super Junior menghadiri majlis menanadatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PT Trans Media Corpora bersama syarikat pengurusan bakat hiburan Korea Selatan, SM Entertainment. -Twitter/@KoreanUpdates

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Penyanyi muda perlu kerap hasil lagu baharu untuk lebih berjaya - Norman KRU
Kehadiran ramai penyanyi baharu dilihat penyanyi senior, mewujudkan lambakan penyanyi sekali gus menuntut artis muda mempunyai 'strategi tertentu'.

Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025
Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Enakmen baharu: Kelantan siap sedia laksana peraturan hiburan lebih tegas
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2024 yang bakal berkuat kuasa empat hari lagi membolehkan kawalan lebih tegas dilaksana terhadap aktiviti hiburan di Kelantan.

The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.

Pertunjukan Great British Circus di Kota Bharu hanya tampilkan ahli lelaki
Persembahan Great British Circus yang dijadualkan pada 26 Okt-17 Nov itu tidak menampilkan ahli sarkas wanita yang mendedahkan aurat.

DBP perlu diberi kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.