NAMA Tanjung Malim pasti tidak asing bagi pengembara yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Antara mercu tanda yang menjadikan pekan ini diingati adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Bandar Proton.

Namun, terdapat lagi satu mercu tanda yang membuatkan nama Tanjung Malim menjadi sebutan iaitu Sarang Art Hub milik sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.


Sarang Art Hub terletak di Rest House atau Rumah Rehat Tanjung Malim.

Cara paling senang untuk mencari lokasi ini, cari sahaja KFC Tanjung Malim dan pasti anda akan jumpa. .

BACA: Program masakan 'Warung Pak Jabit' penampilan terakhir Mamat Khalid 

Tempat yang dijadikan pusat seni ini istimewanya lagi mendapat kerjasama dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pusat itu kemudiannya dijadikan hub seni kepada golongan muda dengan hiasan yang menarik dan mempunyai galeri seni, kafe dan bengkel seni.

Sejak itu, Sarang Art Hub yang dibangunkan arwah juga menjadi tumpuan pencinta seni termasuk artis tanah air sehingga pekan Tanjung Malim yang sebelum itu agak sepi terutama pada waktu malam mula menjadi tumpuan orang ramai.


Mengenang Mamat Khalid | Galeri seni diwujudkan di Kampung Kuchai


BACA: Galeri seni ilham Mamat Khalid bakal direalisasikan di Ipoh 

BACA: Mamat Khalid bangga jadi anak Perak, banyak perkenalkan budaya dan cara hidup - Fauziah Nawi 

BACA: Mengenang Mamat Khalid: 'Apokalips' persembahan terakhir di hadapan keluarga 

Sambil berhibur, anda harus mencuba pelbagai hidangan yang disediakan bertemakan nama filem-filem arahan arwah Mamat.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah Mi Goreng Pak Jabit, Nasi Goreng Kampung Pisang dan Nasi Goreng Petai Kak Limah Mengilai.

Kenangan berada di Sarang Art Hub pasti membuatkan kita semua merindui arwah Mamat.

Pemergian beliau bukan sahaja menjadi satu kehilangan besar kepada industri perfileman negara malah juga buat penduduk di sekitar Tanjung Malim.


[INFOGRAFIK] Mamat Khalid dalam kenangan

BACA: Mamat Khalid meninggal dunia 

BACA: Mengenang Mamat Khalid: Abang... abang... abang! 

BACA: Mengenang Mamat Khalid: Puteri bongsu arwah sayu tidak dapat jenguk jenazah bapa 

BACA: Mengenang Mamat Khalid: 'Tiada kerut pada wajah' - Isteri cerita arwah 'pergi' dalam tersenyum 

BACA: Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita - Tiara Jacquelina 

BACA: 'Kalau dia pegang gitar, jadilah lagu' - Lat kongsi kehebatan Mamat Khalid 

BACA: Jenazah Allahyarham Mamat Khalid selamat dikebumikan 



Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !