PADA pagi raya, sudah tentu ramai dalam kalangan kita mahu tampil menyerlah menggayakan pakaian tradisional Baju Melayu dan Baju Kurung.
Oleh itu, segelintir pihak sanggup mengenakan baju-baju tradisional yang ‘diubah’ supaya nampak lebih unik bagi meraih perhatian orang ramai.
Akan tetapi, ada sesetengah perubahan yang dibuat oleh pereka-pereka fesyen terhadap baju-baju tradisional dianggap sebagai terlalu ekstrem sehingga menghilangkan identiti ‘kemelayuan’ itu sendiri.
Itulah yang terpaksa dihadap oleh pereka fesyen selebriti, Arma Abdul Rahman selepas dikritik kerana salah satu koleksi Baju Melayunya yang bertemakan ‘see-through’ memperlihatkan bahagian badan dan kaki si pemakai.
Rekaan itu meraih pelbagai komen negatif warganet di mana rata-ratanya menganggap baju berkenaan memalukan serta merosakkan imej Melayu.
“Design memang minta kena kecam, dah kena jangan marah. Memalukan, dah lah tak lawa.”
“Merosakkan adat Melayu, ni lah masalah pereka fesyen, nak berfesyen tak kena tempat.”
“Buat sesuatu benda biarlah ikut dan patuh dengan agama!”
Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Majalah Wanita, Arma mendedahkan bahawa tiada niat untuk ‘melucahkan’ Baju Melayu serta menerangkan rekaan itu dicipta mengikut kesesuaian cuaca di Malaysia.
“Kalau untuk lebih sopan boleh sahaja pakai singlet, Baju Melayu tu sesuai dengan keadaan dan cuaca di negara kita, tapi Arma tidak ‘melucahkan’ baju itu,” ujarnya.
Sementara itu, Arma turut menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan rekaan bajunya dengan komuniti LGBT. -Gempak
Gempak
Sun Mar 10 2024

Arma (kanan) mendedahkan tiada niat untuk ‘melucahkan’ Baju Melayu serta menerangkan rekaan itu dicipta mengikut kesesuaian cuaca di Malaysia. -Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Berbaju Melayu biru muda, PM Anwar sampaikan Kenyataan Negara di UNGA ke-78
Menaiki pentas dengan bergaya, Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu akan menyampaikan Kenyataan Negara di hadapan para pemimpin dunia.

Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.

Polis cari penunggang buat aksi 'wheelie' pakai baju Melayu di Kota Bharu
Polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'wheelie' sambil membonceng seorang wanita.

PKPB: Tempahan berkurang, tukang songkok buatan tangan tidak berputus asa
Biarpun menganggap kemeriahan Syawal tidak seperti tahun sebelumnya, namun itu tidak menghalang seorang tukang songkok untuk menerima tempahan songkok dari pelangggannya.

Siap berbaju Melayu, SpongeBob ucapkan selamat menyambut Ramadan
Spongebob SquarePants dan Patrick Star, berbaju Melayu serta berkain samping bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada umat Islam.
.jpg)
Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?
Anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada Baju Melayu mempunyai maksud tersiratnya sendiri.

#MarilahMari: Kempen pakai busana tradisional dapat sambutan pengundi
Kempen memakai busana tradisional semasa membuang undi yang dilancarkan di platform media sosial dengan hashtag #marilahmari mendapat sambutan hangat.

Baju Melayu, songket Melaka tonjol semangat kebangsaan Faiz Subri di Zurich
Persalinan lengkap baju Melayu berserta songket yang bakal dipakai Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas 2016 di Zurich Isnin depan, sinonim dengan semangat jati diri yang ditonjolkan oleh beliau.