Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram miliknya, jelas menunjukkan hari-hari yang berlalu tanpa kehadiran ibu tersayang ternyata amat sukar bagi Linda.
Linda yang berkongsi luahan rasa rindu terhadap ibunya itu memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.
“Allahuakbar… Bila semua dah balik Linda rasa sebak, sunyi dan rindu sangat kat mak... Terasa macam mak ada je lagi dalam rumah ni…
“Bangun pagi buat air dan minum dekat depan ni… Tengok progress dia makin sihat, happy sangat dan plan nak bawa dia tengok laut…
“Mak pun happy cakap nak pergi rehat tengok laut... Tapi sekarang Allah sayang mak dan ambil mak dulu, nak bagi mak rehat tengok syurga Firdaus InshaAllah... Ya Allah kuatkan aku,” tulisnya.