Istana Kensington hari ini mengumumkan secara rasmi nama anak kedua pasangan Diraja Britain Putera William dan Kate Middleton yang dilahirkan pada 2 Mei lalu.

Menurut akaun Twitter Istana Kensington, pemilik gelaran 'Princess of Cambridge' itu dinamakan sebagai Charlotte Elizabeth Diana.

Kate Middleton selamat melahirkan Puteri Charlotte, dua jam setengah selepas mendaftar masuk ke hospital Lindo Wing, dua hari lalu.

Charlotte
Charlotte Elizabeth Diana dianggarkan punyai nilai mencecah £1 bilion sebelum berusia 10 tahun. - Foto AFP

Keluarga diraja Britain mempunya nilai sensasi dan aura yang tidak dimiliki keluarga diraja lain. Berita kelahiran adik kepada Putera George Alexander Louis itu memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal berita dunia.

Astro AWANI kongsikan tujuh fakta tentang Puteri Charlotte yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini:

1. Kate melahirkan puterinya secara normal walaupun kelahirannya agak lewat dari tarikh jangkaan. Kate dimasukkan ke wad bersalin pada jam 6 pagi, sebelum selamat melahirkan bayinya dua jam kemudian.

2. Puteri Cambridge ini berada di tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta Britain, sekaligus menolak bapa saudaranya, Harry, di tempat kelima.

3. Pun begitu, agak sukar untuk puteri ini menaiki takhta. Hanya jika abangnya, Putera George, tidak memiliki anak suatu hari nanti, barulah dia akan ditabalkan sebagai Ratu.

4. Puteri Charlotte merupakan Puteri Cambridge yang pertama dalam masa 182 tahun.

5. Dianggarkan punyai nilai mencecah £1 bilion (RM5.4 bilion) sebelum berusia 10 tahun; majoritinya adalah kerana pengaruh yang bakal dibawa dalam industri fesyen dan kecantikan.

6. Merupakan bayi pertama dalam tempoh 25 tahun, dilahirkan dengan gelaran rasmi 'Puteri'.

7. Sebelum ini beberapa nama digembar-gembur bakal diberi kepadanya termasuklah Alexandra, Louise, Eleanor dan Alice.

FOTO GALERI: William, Kate, sambut kelahiran puteri

MEDIA SOSIAL: Reaksi rakyat Malaysia atas kelahiran puteri William dan Kate