Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melancarkan sebuah filem web, Renai, yang mengetengahkan kekayaan budaya dalam perayaan pesta menuai tersebut.
Menurut satu kenyataan rasmi Petronas, filem web yang menjalani rakaman di salah sebuah hutan di Sarawak dan juga di Gunung Kinabalu, Sabah dinamakan sempena watak utamanya, seorang kanak-kanak perempuan bernama, Renai.
Renai mengisahkan seorang anak yang menghargai perjuangan dan pengorbanan yang dibuat oleh ibu bapanya yang bekerja keras untuk memastikan masa depan yang lebih cerah untuknya.
Kisah inspirasi itu dikatakan mempamerkan ritual sebenar sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai, yang diraikan untuk menghargai hasil kerja yang dilaburkan setiap tahun bagi hasil tuaian yang lebih baik.
Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abd Rahman berkata, Petronas berusaha untuk memupuk perpaduan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi komunikasi perayaan kami, sejak dua dekad lalu.
“Dengan filem web terbaharu kami, kami bukan sahaja berharap untuk meningkatkan kefahaman tentang kedua-dua pesta menuai itu, tetapi juga menyampaikan kepentingan tradisi ini serta perayaan-perayaan lain kepada rakyat Malaysia,” kata Zahariah.
Tambahnya, Petronas mencetuskan inspirasi daripada setiap rakyat Malaysia kerana setiap seorang daripada rakyat negara ini mempunyai cerita yang menarik untuk diberitahu.
"Kisah Renai mencerminkan kepelbagaian negara kita sebagai wadah tumpuan budaya, dan perpaduan sosial di kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Penonton dapat menonton filem web itu bermula dari 26 Mei di saluran rasmi Petronas, www.petronasofficial.com, manakala iklan filem berdurasi 30 saat boleh disaksikan di televisyen.
Menurut Petronas, selain daripada filem web, pelbagai aktiviti yang menarik turut akan berlangsung sepanjang perayaan pesta Kaamatan dan Gawai.
Seorang pemenang bertuah daripada pertandingan 'Hitz.fm Kaamatan & Gawai Experience with Petronas' akan diberi peluang untuk menyelami budaya masyarakat di Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan tiga orang ahli keluarga atau rakan-rakan.
Petronas berharap lawatan selama empat hari itu akan memberi pemenang satu pengalaman yang luar biasa serta kefahaman yang mendalam tentang sambutan pesta Kaamatan dan Gawai.
Perayaan Pesta Kaamatan diraikan pada 30 dan 31 Mei sebagai tanda kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian lebuh baik pada tahun hadapan.
Sementara itu, Hari Gawai yang diraikan pada 1 Jun merupakan upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi kebaikan.
Astro Awani
Mon May 30 2016

Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melancarkan sebuah filem web, bertajuk Renai yang mengetengahkan kekayaan budaya dalam perayaan pesta menuai tersebut.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Filem web 'Bao Bei' Petronas bawa mesej keluarga dan kepelbagaian
'Bao Bei' membawa perlambangan cinta, kasih sayang dan kepelbagaian yang menjadikan sebuah keluarga itu tersendiri.

PETRONAS tutup tirai 2019 dengan filem web 'The Perfect Wedding'
Bagi melabuhkan tirai 2019, PETRONAS sekali lagi tampil dengan idea kreatif menerusi penghasilan filem web berjudul 'The Perfect Wedding'.

Tun Mahathir lancar filem web 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lancarkan filem web berjudul 'UNI' sempena ulang tahun ke-45 Petronas pada Sabtu malam.

Petronas papar kekayaan budaya pesta menuai menerusi filem web 'Renai'
Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melancarkan sebuah filem web 'Renai' yang mengetengahkan kekayaan budaya dalam perayaan pesta menuai.