Penyanyi lagu rakyat dan Sufi Pakistan, Sanam Marvi, mempesonakan penonton dengan alunan merdu suaranya pada satu persembahan di Asia Society, New York baru-baru ini.
Dalam temu bual dengan Bernama sejurus sebelum membuat persembahani, beliau menjelaskan lebih mendalam mengenai muziknya dan tafsiran Sufisme(Tasawuf) yang mana disampaikan melalui nyanyiannya dalam bahasa-bahasa Urdu, Sindhi, Punjabi dan Saraiki.
Beliau turut menjelaskan bagaimana dirinya dapat mengatasi sesuatu yang biasa dan menarik perhatian golongan pendengar dari luar budayanya iaitu Tasawuf Asia Selatan.
Berusia 31 tahun, Marvi yang membuat persembahan di beberapa tempat di serata dunia berkata, keutamaannya adalah muzik dan menganggap dirinya sebagai suara untuk tradisi Sufi.
Menyanyi sejak usia tujuh tahun
Beliau menyanyi sejak berusia tujuh tahun, membuat persembahan di Coke Studio di Pakistan serta mengadakan pelbagai persembahan konsert termasuk di Eropah, India, Arab Saudi, Jepun, Australia dan Maghribi.
"Malah, ini adalah kali ketiga saya membuat persembahan di Amerika Syarikat," katanya.
"Matlamat saya adalah untuk menyebarluaskan mesej Islam dan kebenaran," kata Marvi dengan suara yang penuh kesungguhan dan keyakinan seperti yang terbukti mampu memukau perhatian dan mempesonakan para penonton yang hadir menyaksikan persembahannya di Asia Society.
Beliau diiringi anggota kumpulannya - Kashif Ali dan Imran Ali, masing-masing bermain tabla (gendang) dan harmonium, Shahid Ali pemetik sitar, Noor Bux bermain Dholak (dram silinder) dan seorang lagi penyanyi yang juga pemuzik, Arieb Azhar.
Tasawuf sering digambarkan sebagai sisi mistik Islam tetapi Arieb Azhar menjelaskan bahawa -ahli Sufi percaya bahawa Tasawuf merangkumi nilai-nilai murni untuk mendekatkan diri kepada tuhan serta berbakti kepada semua manusia.
Tradisi Pakistan Sufi
Pakistan mempunyai tradisi para penyair kudus Sufi sejak sekian lama, yang kebanyakannya disanjung oleh Marvi dalam persembahan-persembahannya.
Tasawuf, kata beliau, diamalkan di Pakistan, India, Iran, Afghanistan, Turki dan beberapa negara Asia serta dikenali dalam pelbagai bentuk. Di India dan Pakistan, ajaran Tasawuf yang lazim adalah Chishtiyah.
Moinuddin Chishti memperkenalkan Chishtiyah di Lahore (Pakistan) dan Ajmer (India) pada pertengahan abad ke-12.
Nyanyian Qawwali, yang disertai dengan tepukan, adalah satu bentuk muzik Sufi yang memuji ketuhanan di Asia Selatan, dan popular di Punjab serta Sindh di Pakistan, di kebanyakan bahagian India, termasuk Hyderabad dan Delhi, serta di Bangladesh.
"Ia adalah antara tradisi muzik yang dapat dikesan wujud sejak lebih daripada 700 tahun lalu," kata Marvi.
Sufi semakin meresapi arus perdana masa kini
Sanam Marvi dan kumpulannya adalah dalam rangka lawatan ke seluruh Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada Center Stage Programme.
Ia adalah satu inisiatif diplomasi awam oleh Biro Pendidikan dan Hal Elwal Kebudayaan, U.S. Department of State''s Bureau, yang ditadbir oleh New England Foundation for the Arts dengan kerjasama U.S. Regional Arts Organizations, dan disokong oleh Doris Duke Foundation for Islamic Art.
Program Center Stage Pakistan berjaya dianjurkan berkat usaha Kedutaan AS di Islamabad, Pakistan, dan Henry Luce Foundation.
Populariti Marvi semakin meningkat berikutan penampilan vokal beliau dalam filem-filem Bollywood seperti London Paris New York dan The Dirty Picture.
Muzik Sufi kini seolah-olah semakin meresapi arus perdana. Antara puncanya, seperti kata Marvi, adalah kerana terdapatnya pelbagai inisiatif seperti persembahan muzik klasik popular "Virsa Heritage Revived" yang disiarkan oleh TV Pakistan dan "Coke Studio" yang menyebarluaskan kesedaran dan mencetuskan minat di kalangan orang ramai terhadap muzik Sufi.
Beliau mengakui amat mengagumi perantara program "Virsa Heritage" yang merupakan ikon kebudayaan terkenal dari Lahore, Mian Yousuf Salahuddin yang diibaratkan seorang bapa baginya.
"Saya rasa perkara yang paling penting ialah menyebarkan kalam Sufi," kata Marvi lalu menjelaskan bahawa ayahnya, seorang penyanyi Sufi, memberikan latihan awal dan galakan dalam nyanyian Sufi.
Beliau juga memberitahu betapa muziknya menjadi semakin popular di India.
Ditanya sama ada mesej mengenai cinta, toleransi dan keamanan yang dibawa melalui nyanyiannya dapat membantu merapatkan hubungan antara India dan Pakistan, yang begitu lama bersengketa sejak mencapai kemerdekaan daripada penjajah British kira-kira 70 tahun lalu, beliau berkata: "Nyanyian saya menyampaikan mesej keamanan, kasih sayang dan toleransi.
"Saya berharap muzik saya akan menyumbang kepada keamanan antara India dan Pakistan. Hakikatnya, budaya kami adalah serupa jadi sewajarnyalah kedua-dua negara mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain dan hidup dalam keadaan aman dan toleransi.
"Saya berdoa agar kedua-dua negara berusaha mencari jalan untuk dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya optimistik sebelum mengakhiri perbualan. --Bernama
Bernama
Tue Apr 18 2017
Populariti Marvi semakin meningkat berikutan penampilan vokal beliau dalam filem-filem Bollywood seperti London Paris New York dan The Dirty Picture. -fotoBERNAMA
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China - PM
Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.
India bimbang dengan perkembangan di Asia Barat
India berkata ia sangat bimbang terhadap peningkatan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sekitarnya.