PENULIS lirik lagu tema siri televisyen "Friends", Alle Willis meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Berita sedih itu dikongsi rakannya Prudence Fenton menerusi media sosial.
Lapor The New York Times, Willis meninggal dunia disebabkan masalah jantung.
Selain "I’ll Be There For You" bagi tema siri televisyen "Friends", Willis yang tersenarai dalam ‘Hall of Fame Songwriters’ pada 2018 juga terkenal dengan lagu hit "September" dan "Boogie Wonderland" nyanyian kumpulan Earth, Wind and Fire.
Willis sebelum ini memenangi anugerah Grammy pada 1985 untuk runut bunyi "Beverly Hills Cop" dan dicalonkan selama dua dekad kemudian untuk "The Color Purple."
Dalam satu laporan akhbar Times, willis dipetik berkata dia tidak pandai bermain alat muzik, tetapi belajar menjadi penulis lirik bermula dengan hanya mendengar irama menerusi studio motown di Detroit.
Astro Awani
Fri Dec 27 2019

Alle Willis meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat masalah jantung. -AP

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penulis lirik lagu tema sitkom 'Friends' meninggal dunia
Berita sedih itu dikongsi rakannya Prudence Fenton menerusi media sosial.