Sejak filem adiwira Gundala ditayangkan di Indonesia bermula 29 Ogos lepas, nama pelakon Bront Palarae terus meniti di bibir peminat seni negara seberang itu.
Membawa watak antagonis 'Pengkor', Bront atau nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 41, berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.
"Gundala... ada aksi, ada kelakar, ada sedih dan ada segala macam tapi masih sebuah filem yang memberi makna dan memberi sesuatu. Jadi orang boleh bawa keluarga pergi tengok Gundala.
"Di samping itu, ia akan beri satu peringatan tentang hidup kita dan tanggungjawab kepada masyarakat," katanya pada sidang media di majlis pra-tonton filem Gundala, di sini pada Jumaat.
Dalam filem yang diadaptasi daripada komik Gundala Putra Petir (1969), Pengkor merupakan watak orang yang berpengaruh dan mempunyai fikiran pintar, yang mahu masyarakat masa hadapan tidak mempunyai moral.
Bront berkata filem Gundala boleh dijadikan sumber inspirasi bagi pembuat filem tempatan untuk menghasilkan filem komersial yang mempunyai pengisian pengajaran yang baik di samping menghiburkan penonton dengan penggunaan lawak jenaka.
Ditanya sama ada Gundala mampu mendapat sambutan hangat daripada peminat filem di Malaysia, Bront berkata kaedah 'mulut ke mulut' sangat berkuasa dan dapat mempengaruhi khalayak untuk menonton filem berkenaan.
"Kuasa 'mulut ke mulut' lagi penting berbanding promosi filem secara besar-besaran kerana ia mempengaruhi minda dan perasaan orang untuk lebih tertarik menonton sesuatu filem.
"Jika filem itu menarik buat penonton yang sudah menonton Gundala, pasti penonton tersebut akan menceritakan keseronokkan Gundala dan orang yang tidak menonton lagi pasti akan tidak sabar untuk menonton filem ini," katanya.
Diarahkan oleh Joko Anwar, filem itu dibintangi Abimana Aryasatya sebagai Sancaka atau Gundala, Tara Basro sebagai Sedhah Esti Wulan dan Muzakki Ramdhan sebagai Sancaka sewaktu kecil.
Gundala digambarkan watak adiwira yang mampu mengalahkan musuh dengan kekuasaan istimewa yang diperoleh daripada sumber petir.
Filem itu akan ditayangkan di Malaysia bermula 26 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 21 2019

Dalam filem yang diadaptasi daripada komik Gundala Putra Petir (1969), Pengkor merupakan watak orang yang berpengaruh dan mempunyai fikiran pintar, yang mahu masyarakat masa hadapan tidak mempunyai moral. - Astro GEMPAK

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.

Pekerja sukar belajar kemahiran baharu ketika pandemik - Tinjauan
Tinjauan Randstad Malaysia mendapati 61 peratus responden berdepan dengan cabaran itu, didominasi oleh 69 peratus golongan muda berusia 18 ke 24 tahun.

Normal Baharu: Perniagaan sukan bersentuhan sedia adaptasi, tukar program latihan
Ketua Jurulatih Leverage Brazilian Jiu Jitsu, Aaron Goh sedia mengadaptasi dengan normal baharu dengan memperkenalkan program latihan baharu kepada ahli dan pelanggannya.

'Pengkor' lonjakkan nama Bront di Indonesia
Bront berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.

'Dawn Raid' dijangka ditayangkan pada Hari Kebangsaan 2019
Filem yang bakal ditayangkan dalam versi dwibahasa itu akan memulakan penggambaran sejurus medapat dana.

Filem Tombiruo terus gegar panggung, kutip RM7 juta dalam 18 hari
Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.

'Tombiruo: Penunggu Rimba' setaraf filem antarabangsa
Filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari karya novelis thriller nukilan Ramlee Awang Murshid telah pun berjaya meraih kutipan RM4 juta dalam tempoh lapan hari tayangan.

Suri Hati Mr. Pilot sudah habis, Fattah Amin tak boleh 'move on'
Drama bersiri Suri Hati Mr Pilot sudah pun berakhir pada malam tadi (Khamis), namun pelakon utamanya Fattah Amin masih belum move on.

Demam Suri Hati Mr. Pilot: 10 fakta menarik
Suri Hati Mr. Pilot menjadi kata kunci atau hashtag paling popular sejak drama itu mula bersiaran 10 Oktober lalu.

Natalie Portman adaptasi novel untuk filem pertama
Aktres jelita, Natalie Portman akan mengarahkan filem pertamanya yang diadaptasi daripada sebuah novel.