Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditamatkan esok (Selasa) akan diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Meskipun lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti harian dan rekreasi, namun aktiviti sukan bersentuhan (contact sports) masih tidak dibenarkan.
Ia bukan sahaja menggambarkan aktiviti sukan, malah melibatkan perniagaan yang mengajar kelas sukan berkenaan yang turut terjejas akibat tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Leverage Brazilian Jiu Jitsu, Aaron Goh sedia adaptasi dengan normal baharu dengan memperkenalkan program latihan baharu kepada ahli dan pelanggannya.
“Malangnya, dalam sukan bersentuhan ini, memang susah untuk kami untuk mempraktikkan penjarakan sosial.
“Ia tidak bermaksud saya perlu menutup gimnasium saya. Sebagai pemilik perniagaan, saya perlu mengadaptasi.
“Dalam jiu jitsu, kami boleh melakukan senaman solo dan apa sahaja senaman untuk memastikan badan kita kekal cergas supaya apabila kerajaan membenarkan aktiviti sukan bersentuhan, kami boleh kembali berlatih,” katanya ketika menjadi tetamu program Niaga AWANI pada Isnin.
Biarpun beliau menawarkan latihan solo secara dalam talian kepada ahlinya, beliau berkata ia tidak boleh menggantikan latihan fizikal.
Walaupun Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tidak memberikan manfaat kepada pemilik gimnasium dan perniagaan sukan bersentuhan, beliau tetap komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menggerakkan semula perniagaan sukan bersentuhan.
“Saya telah menyenaraikan prosedur operasi standard (SOP), perancangan bagaimana untuk mengendalikan gim dan menjaga keselamatan serta mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
“Dalam bergerak ke hadapan, saya komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan sudi mengadaptasi,” katanya.
Isabelle Leong
Mon Jun 08 2020

AARON GOH: Walaupun PENJANA tidak memberikan manfaat kepada pemilik gimnasium dan perniagaan sukan bersentuhan, saya tetap komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam menggerakkan semula perniagaan sukan bersentuhan. - Foto Astro AWANI

Polis kesan tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Normal Baharu: Perniagaan sukan bersentuhan sedia adaptasi, tukar program latihan
Ketua Jurulatih Leverage Brazilian Jiu Jitsu, Aaron Goh sedia mengadaptasi dengan normal baharu dengan memperkenalkan program latihan baharu kepada ahli dan pelanggannya.