ALOR SETAR: Penggiat seni dan industri kreatif tanah air perlu bijak mengambil peluang menerusi bantuan yang telah disediakan kerajaan untuk terus berkarya dan menghasilkan produk kreatif walaupun negara sedang berhadapan cabaran COVID-19.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid berkata bantuan itu bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan pemain industri itu, malah menjamin masa hadapan produk kreatif negara.
Katanya, sebagai langkah drastik membantu industri itu menghadapi impak COVID-19 kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Dana Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana) dan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).
"Pelaksana yang dilancarkan pada Julai tahun lepas telah membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat COVID-19.
"Terbaharu, Prisma telah dilancarkan yang merupakan inisiatif jangka pendek bertujuan memastikan kelangsungan dan kelestarian para penggiat industri kreatif negara dalam mendepani pandemik COVID-19," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran 'The Puppet Master Trilogy' di sini, malam tadi.
Pelancaran majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Zakaria berkata kedua-dua inisiatif itu juga adalah keprihatinan kerajaan yang bukan sahaja akan memanfaatkan penggiat seni semata-mata, malah turut membantu mereka yang bekerja di belakang tabir.
Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya berkata pelancaran filem itu amat signifikan dengan usaha kerajaan negeri untuk menggerakkan ekonomi dalam pelbagai bidang termasuk perfileman, seni dan budaya terutama dalam situasi semasa ketika negara masih berperang dengan pandemik COVID-19.
"Kita juga berharap ini akan menjadi bukti nyata bahawa Kedah dalam era baharu ini berada di hadapan dalam usaha-usaha menggiatkan seni dan budaya yang tidak bertentangan dengan hukum syarak dan norma masyarakat kita," katanya.
Filem The Puppet Master Trilogy diilhamkan daripada kisah benar mengenai Tok Dalang Wayang Kulit tersohor di negeri ini pada era 70-an dan 80-an iaitu Mat Lebai Lateh atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Khedheng yang telah mengangkat asas budaya masyarakat Kedah iaitu Wayang Kulit Kedah dan Manora Siam Kedah.
Filem yang akan memulakan penggambaran pada 29 Mac ini di beberapa lokasi di negeri ini diarahkan oleh Imran Ismail dan menampilkan barisan pelakon seperti Wilma Muhammad dan Wan Hanafi Su.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021

Pengarah filem 'The Puppet Master Trilogy', Imran Ismail (tengah) ketika memperkenalkan barisan pelakon pada majlis pelancaran filem yang disempurnakan Muhammad Sanusi dan Zakaria di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

PRU15: PBM tanding di enam kerusi penyandang termasuk Lahad Datu dan Ampang
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertahankan enam kerusi parlimen yang disandang oleh ahli parlimen parti itu sebelum ini pada PRU15.

PBM perjuang enam teras agenda utama
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memperjuangkan enam teras agenda utama iaitu keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda serta pembangunan ekonomi.

FFM31 dalam norma baharu pada 10 Disember - Zakaria
FFM31 yang ditangguhkan beberapa kali sebelum ini bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Filem genre kemasyarakatan Malaysia dibawa ke luar negara
Finas akan menjalinkan kerjasama dengan Wisma Putra untuk menayangkan filem berunsurkan kemasyarakatan dan kenegaraan di luar negara, yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

FFM31 akan diadakan 10 Dis - Finas
Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) akan diadakan pada 10 Dis ini dengan konsep norma baharu bagi meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan COVID-19.

SPM2020: Atasi umpan 'game', Amir berjaya dapat 11A
Proses PdPR pada awalnya satu kejutan apabila terpaksa menahan diri daripada pelbagai tarikan di rumah semasa mengulang kaji pelajaran.

Pengerusi Finas positif COVID-19
Zakaria Abdul Hamid disahkan positif COVID-19, berdasarkan daripada keputusan ujian saringan yang diperoleh semalam.

Ziarah Finas buka ruang artis veteran sertai kembali industri seni
Program Finas Prihatin membuka ruang kepada artis veteran yang dilupakan untuk kembali bergiat dalam bidang seni.

Penggiat seni kreatif digesa bijak ambil peluang bantuan disediakan kerajaan
Bantuan itu bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan pemain industri itu, malah menjamin masa hadapan produk kreatif negara.

Pengarah 'Mael Totey The Movie' bakal diangkat sebagai ikon pengarah muda - Finas
Kejayaan filem "Mael Totey The Movie" arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda.