LOS ANGELES: Berikutan permintaan tinggi untuk konsert jelajah The Era’s Taylor Swift terlalu tinggi, peminat di Amerika Syarikat terpaksa ‘bergelut’ untuk membelinya.
Bintang pop, Taylor Swift memaklumkan dia amat gembira menyaksikan peminat berpusu-pusu mendapatkan tiket selepas diberi jaminan oleh Ticketmaster mampu mengendalikan ‘lonjakan permintaan’.
Akan tetapi, The New York Times melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat sama ada Ticketmaster Parent Live Nation Entertainment menyalah guna kuasanya di atas masalah teknikal yang melibatkan penjualan tiket bernilai berbilion dolar.
Namun begitu, Jabatan Kehakiman AS enggan mengulas lanjut.
Rata-rata peminat kecewa apabila mereka terpaksa menunggu berjam dan berulang kali ‘ditendang’ keluar dari laman web Ticketmaster semasa sesi pra-jualan minggu ini.
Ini menyebabkan peminat kecewa kerana gagal mendapatkan tempat duduk yang mana ia merupakan konsert pertamanya dalam tempoh lima tahun.
Swift mengulas di Instagram, situasi ini amat ‘menyeksakan’ kerana dia hanya mampu melihat kesilapan berlaku tanpa ada jalan penyelesaian.
Kata Swift, dia tidak akan memberi alasan bagi pihak sesiapa kerana pasukannya telah diberi jaminan beberapa kali oleh syarikat pengeluar tiket bahawa mereka boleh menangani lonjakan permintaan.
Difahamkan, Ticketmaster menawarkan tempat duduk untuk persembahan Swift di 20 bandar dan 52 tarikh bermula Mac hingga Ogos tahun depan.
Dalam pada itu, SeatGeek yang juga bertanggungjawab menjual tiket untuk beberapa persembahan di Texas dan Arizona melaporkan peminat perlu menunggu lama dan menggesa peminat untuk 'bersabar.'
Terdahulu, Ticketmaster memaklumkan mereka tidak pernah berdepan dengan masalah teknikal sebegini sepanjang dalam penglibatan konsert jelajah Swift sebelum ini.
Bagi mereka yang masih belum berjaya mendapatkan tiket, Swift berharap peminat diberi peluang untuk berkumpul dan menyanyi bersama di konsert nanti.
Faida Rahim
Sat Nov 19 2022
Ticketmaster menawarkan tempat duduk untuk persembahan Swift di 20 bandar, 52 tarikh bermula Mac hingga Ogos tahun depan. - Reuters
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.