KUALA LUMPUR: Hujung minggu lalu, pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce disahkan sebagi isteri dan diraikan dalam satu majlis resepsi pernikahannya dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulis Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.


Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib

Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013).