KUALA LUMPUR : Pelakon-pelakon drama pendek memaparkan hubungan gay yang tular baru-baru ini, mahu menyaman produksi yang didakwa tidak memberi penjelasan sebenar terhadap jalan cerita drama itu.
Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak yang mewakili pelakon terbabit dalam kenyataan berkata, anak guamnya sebelum ini dimaklumkan jalan cerita drama itu berkisarkan persabatan dan tidak sama sekali diberitahu ia berunsurkan hubungan songsang.
"Sepanjang perbincangan dan pengambaran yang berlangsung sekitar Ogos sehingga September 2021, pihak produksi tidak menjelaskan perihal mempromosikan aplikasi janji temu (rangkaian sosial gay) melalui tayangan drama tersebut.
"Selanjutnya, skrip yang diserahkan kepada anak guam juga menunjukkan kandungannya sebagai sebuah cerita yang berkisarkan persahabatan," kata kenyataan itu.
Ujarnya, pengolahan serta penambahan skrip secara terus dalam sesebuah cerita adalah satu perkara biasa.
Walau bagaimanapun, pihak produksi hanya menjelaskan bahawa watak-watak utama iaitu Danish Iskandar serta Rees Ayman perlu melakonkan babak yang mana kedua mereka menunjukkan persahabatan yang akrab.
"Danish dan Rees yang melakonkan watak utama di dalam drama tersebut sedikit canggung untuk melakukan babak-babak yang diarahkan oleh pengarah kerana ia tidak seperti yang digariskan di dalam penceritaan asal.
"Pada sekitar 1 Disember 2021, wakil pihak produksi telah menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada anak guam-anak guam yang diwakili untuk membuat promosi poster dan kapsyen untuk disalin tampal oleh pelakon di media sosial mereka.
"Anak guam juga mula sedar bahawa drama ini hanya akan ditayangkan di aplikasi (rangkaian sosial gay) dan trailernya juga telah disunting dan menjadi cerita berkisarkan hubungan songsang," katanya.
Jelas kenyataan itu lagi, trailer yang disunting juga tidak pernah ditunjukkan kepada para pelakon serta tidak diberitahu bahawa promosinya akan dibuat menerusi aplikasi berkenaan.
"Anak guam juga menafikan mempunyai pengetahuan mahupun menyokong perkara-perkara melibatkan hubungan songsang seperti mana yang ditonjolkan dalam drama berkenaan.
"Bayaran untuk mempromosikan drama bersiri berkenaan telah ditolak oleh mereka," jelas kenyataan itu.
Ujarnya, laporan polis telah dibuat pada hari ini di balai polis Dang Wangi.
Mereka bercadang mengambil tindakan mahkamah kepada pihak produksi berkaitan isu moraliti penggambaran berkenaan.
Kenyataan itu turut menyebut, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak serta Tetuan Hajar Aisyah & Company mewakili tiga anak guam iaitu Danish Iskandar, Rees Ayman dan Hardy Saiful.
Nickyson Nyambar
Fri Dec 10 2021

Peguam berkata, Danish dan Rees yang melakonkan watak utama di dalam drama tersebut sedikit canggung untuk melakukan babak yang diarahkan kerana ia tidak seperti digariskan dalam penceritaan asal. - Gambar fail/ Astro Gempak

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.