Pelakon yang juga pengarah filem Bollywood, Rajiv Kapoor, meninggal dunia Selasa pada usia 58 tahun.
Iparnya Neetu Kapoor yang juga isteri kepada pelakon terkenal Rishi Kapoor mengesahkan berita itu di Instagram.
Rajiv mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Inlaks, di Chembur sebelum doktor mengesahkan kematiannya, lapor Times of India.
Anak kepada pelakon filem terkenal Raj Kapoor itu membuat kemunculan pertama lakonan dalam filem "Ek Jaan Hain Hum" pada tahun 1983 sebelum memegang watak utama dalam filem pecah panggung "Ram Teri Ganga Maili" pada tahun 1985.
Rajiv turut berlakon dalam beberapa filem terkenal antaranya "Aasmaan", "Lover Boy", "Zabardast" dan "Hum To Chale Pardes".
Filem terakhir Rajiv sebagai hero adalah "Zimmedaar" sebelum beralih ke belakang tabir serta pengarahan.
Rajiv membuat penampilan sulung sebagai sutradara dalam filem "Prem Granth" yang dibintangi Rishi Kapoor dan Madhuri Dixit-Nene pada tahun 1996.
Rajiv juga menerbitkan filem romantik "Aa Ab Laut Chalen" pada 1999.
Astro Awani
Tue Feb 09 2021

Pelakon yang juga pengarah filem Bollywood, Rajiv Kapoor, meninggal dunia pada usia 58 tahun. -Foto IMDB

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.

Bintang Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut cahaya mata pertama
Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.

Deepika Padukone, Ranveer Singh teruja sambut bayi sulung
Pasangan Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan semakin teruja bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.

Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.

Bakal blockbuster! Sunny Deol jadi hero filem terbaharu Aamir Khan 'Lahore 1947'
Peminat menyifatkan kerjasama yang terjalin akan membuat filem tersebut menjadi karya pecah panggung.

Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.

Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.

Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.

Deepika Padukone ajak pasangan muda ikut petua perkahwinan orang lama
Aktres Bollywood, Deepika Padukone baru muncul sebagai wajah sampul majalah berprestij Time yang mengiktirafnya sebagai Global Star.