KEHARMONIAN rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai.
Namun aktor dan aktres terkenal itu ‘membalas’ spekulasi yang tersebar dengan tampil bersama dalam satu majlis.
Tidak hanya tampil bersama, kedua-duanya yang memakai busana dari warna hampir sama iaitu hitam di majlis tahunan di Dhirubhai Ambani International School di Mumbai, India.
Meski hadir secara berasingan iaitu Aishwarya menaiki kereta bersama ibunya, Brindya Rai sementara Abhishek ditemani bapanya, Amitabh Bachchan dengan kenderaan lain namun mereka kemudian masuk ke majlis bersama.
Pasangan tersebut juga nampak mesra dan tidak memperlihatkan sedang berdepan konflik rumah tangga seperti yang digembar-gemburkan, lapor Hindustan Times.
Bagaimanapun OneIndia melaporkan hubungan pasangan itu memang sedang bermasalah.
Aishwarya didakwa kini banyak menghabiskan masa bersama ibunya dan meninggalkan suaminya sendirian di rumah.
“Hubungan mereka sudah lama bermasalah tapi terus bertahan kerana anak,” ujar satu sumber.
Terdahulu Aishwarya dilaporkan sempat menyunting foto sewaktu sambutan ulang tahun bapa mentuanya, Amitabh Bachchan dan sudah bertahun tidak bercakap dengan ibu mentuanya, Jaya Bachchan.
Abhishek dan Aishwarya berkahwin pada 20 April 2007 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaradhya pada 16 November 2011.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Dec 16 2023

Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai. - Foto Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.

Polis siasat Chef Wan kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aiswarya Rai.

Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.

Buat pertama kali, Aishwarya Rai kongsi foto anak sempena Hari Ibu
Aishwarya Rai berkongsi beberapa keping foto yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang memaparkan Aaradhya Bachchan sempena Hari Ibu.

Amitabh Bachchan disahkan negatif COVID-19, dibenarkan pulang selepas 3 minggu
Bintang tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negataif COVID-19 dan sudah didiscaj dari hospital.

"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!

Wajah anak Aishwarya Rai dikatakan persis BLACKPINK Lisa
Anak kepada Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan bukan sahaja mencuri perhatian peminat filem Hindustan malah juga peminat K-Pop.

Aishwarya Rai raih 2.5 juta followers, selepas seminggu buka akaun IG
Pelakon terkenal Bollywood Aishwarya Rai mendapat jumlah pengikut mencecah 2.5 Juta selepas lima hari membuka akaun Instagram.

Ratu India dimahkotakan sebagai Miss World 2017
Ratu India, Manushi Chhillar dinobatkan sebagai Miss World edisi ke-67 dalam satu majlis di Sanya, China pada Sabtu.

"Saya penyelamat Aishwarya Rai dari kerakusan seks Harvey," bekas pengurus
Harvey turut didakwa gangguan seksual ke atas bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Angelina Jolie dan Gwyneth Paltrow.