PELAKON terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.


Ringkasan AI
  • Deepika Padukone selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Ahad di Hospital HN Reliance, Mumbai.
  • Deepika dan suaminya, Ranveer Singh, tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka, tetapi jurugambar tidak dapat mengambil foto mereka.
  • Deepika mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu dan pasangan itu berkongsi berita kelahiran di media sosial dengan kapsyen 'September 2024'.



Dilihat Bersama Keluarga


Memetik laporan Hindustan Times, bayi kepada aktres filem Pathaan itu dilaporkan lahir di Hospital HN Reliance di Mumbai.

Difahamkan Deepika dan suaminya, Ranveer Singh tiba di hospital bersama ahli keluarga mereka yang lain.

Bagaimanapun, jurugambar tidak mendapat peluang untuk mengambil foto pasangan tersebut dek kerana bintang filem berkenaan duduk di dalam kereta yang dilengkapi langsir.

Sumber turut menyatakan bahawa kehadiran cahaya mata pertama Deepika itu lahir hanya selepas beberapa hari pasangan tersebut dilihat meminta restu di Kuil Siddhivinayak, Mumbai pada Jumaat.

Sekadar info, Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.

Pasangan terbabit berkongsi hantaran di media sosial memaparkan pakaian bayi, kasut bayi dan belon dengan kapsyen ‘September 2024’. -Gempak memetik Hindustan Times