PELAKON dan model Bkay Nair mahu memperjuangkan keunikan fabrik tradisional Malaysia ke pentas dunia termasuk mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bintang filem Ratu The Movie itu berkongsi, bagi mencapai tujuan itu, dia bakal menganjurkan satu pertunjukan fesyen warisan Navarasa: Warna Gabungan Emosi Dan Fesyen pada 14 Oktober ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
“Ia akan menampilkan 11 pereka feksyen, ketegori pelajar dan pereka berpengalaman, yang akan mempamerkan sejumlah 77 rekaan unik menggabungkan fabrik tradisional seperti batik, songket, sutera Malaysia, dan sari dengan estetika rekaan kontemporari.
“Lebih menarik, bersempena dengan pertunjukan fesyen itu beberapa bengkel berkaitan fesyen dan fabrik tradisional akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober ini yang menghimpunankan penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam,” katanya.
Bkay yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 berkata, acara anjuran syarikatnya Bkay Nair Resources (BNR), itu juga bakal memberikan tiga anugerah keunggulan pereka yang akan diumumkan pada hari pertujukan fesyen nanti.
Dia menambah, tiga anugerah itu ialah Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif dan Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik.
Tambahnya, objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.
Ia juga bertujuan mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.
Malah selaku Pengarah pertunjukan fesyen itu Bkay juga mahu mengintai peluang pengiktirafan daripada UNESCO.
“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.
“Saya mahu dalam setiap benang dan corak tekstil ini, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada sejarahnya, budayanya, dan hasrat seninya yang berterusan,” katanya lagi.
Malah sebagai anak jati Malaysia, dia berbangga dengan seni serta budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sangat tinggi nilainya.
Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa.
Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi. -Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Oct 04 2023
Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa. -Media Hiburan
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelakon Bkay Nair mahu angkat fabrik tradisional Malaysia, intai pengiktirafan UNESCO
Objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.