Pemain sitar terkemuka Pandit Ravi Shankar meninggal dunia di San Diego, Amerika Syarikat (AS) petang Selasa pada umur 92.

Beliau merupakan duta tidak rasmi muzik India lebih tiga dekad, sejak persembahan pertamanya di AS dan Eropah pada tahun 1956-1957.

Sejak penglibatan beliau dalam industry muzik, Ravi telah memenangi tiga anugerah Grammy dan diberi penghormatan tertinggi di India - Bharat Ratna - pada tahun 1999.