KUALA LUMPUR: Tokoh pejuang seni dan kraf negara, Raja Datin Paduka Fuziah Raja Tun Uda menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, sekitar 8.30 malam tadi.
Allahyarham berusia 84 tahun.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang sebelum dibawa ke Masjid Negeri, Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas Solat Jumaat.
Allahyarham yang juga Penasihat Majlis Kraf Dunia - Rantau Asia Pasifik merupakan anak kepada tokoh politik, Raja Tun Uda Raja Muhammad yang pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.
Raja Fuziah atau mesra disapa 'Mak Engku' dalam kalangan penggiat seni tanah air merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dari tahun 1979 hingga 1986.
Allahyarham merupakan pengasas Galeri Bandar ARCH KL dan telah mengabadikan sepanjang hidupnya dalam memartabatkan keindahan dan keagungan karya seni dan kraf negara.
Graduan Sosiologi dari Bedford College, University of Londan ini juga pernah bertugas sebagai Penolong Ketua Pengarah di Pusat Sejarah Islam, Seni dan Budaya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turkiye.
Sementara dari 1992 hingga 2008, Allahyarham dilantik sebagai Presiden Majlis Kraf Malaysia.
Selain seni dan budaya, Raja Fuziah juga antara pejuang hak asasi wanita hingga menempatkan beliau di kerusi penting Majlis Kebangsaan bagi Pembangunan Integrasi Wanita sekitar tahun 1984.
Atas cintanya beliau kepada seni dan budaya, Allahyarham Raja Fuziah menerima beberapa penghargaan seperti Anugerah Seni Kebangsaan Ketegori Promosi Individu pada 2008 dan Gusi Peace Prize di Manila, Filipina (2009).
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jul 12 2024
Allahyarham Raja Fuziah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur, sekitar 8.30 malam tadi pada usia 84 tahun.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pejuang seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda meninggal dunia
Pejuang seni dan kraf negara, Raja Fuziah Raja Tun Uda menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun sekitar 8.30 malam tadi.