Kemuncak musim anugerah Hollywood tiba dengan Anugerah Akademi ke-87 yang sedang berlangsung di Beverly Hills, Los Angeles.

Filem 'Birdman' dan 'The Grand Budapest Hotel' mendahului senarai pencalonan akhir Anugerah Akademi ke-87 dengan masing-masing memperoleh sembilan pencalonan.

Filem 'The Imitation Game' mengekori rapat dengan lapan pencalonan.

Bagi kategori lakonan pula, yang tercalon adalah Steve Carell, Bradley Cooper, Benedict Cumberbatch, Michael Keaton dan Eddie Redmayne.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, yang tercalon adalah Marion Cotillard, Felicity Jones, Julianne Moore, Rosamund Pike dan Reese Witherspoon.

Siapa yang bakal membawa pulang trofi Oscar pagi ini?

Ikuti lapor langsung kemeriahan dan senarai pemenang bersama Astro AWANI dan di akaun rasmi Twitter kami @501awani: