PASANGAN penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Upacara yang dikenali sebagai Mepamit dan Dharma Suaka itu dilangsungkan mengikut adat dan kepercayaan Mahalini.
Mahalini merupakan seorang penganut Hindu yang berasal dari Bali sementara Rizky seorang Muslim.
Rizky yang merupakan anak sulung pelawak Sule dilaporkan terlebih dahulu melakukan upacara adat Dharma Suaka yang bermaksud bakal pengantin lelaki meminta izin kepada keluarga wanita untuk ke jenjang perkahwinan.
Adat Mepamit pula dilangsungkan Mahalini sebagai cara meminta izin kepada keluarganya untuk berkahwin sekali gus akan menjadi tanggung jawab suami.
Media tempatan melaporkan keluarga Rizky termasuk Sule bersama dua adiknya, Putri Delina dan Rizwan Fadilah hadir ke upacara tersebut dengan memakai busana adat Bali.
Selesai menjalani upacara tersebut, pasangan itu dijadualkan akan diijab kabul menerusi pernikahan secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Terdahulu berita perkahwinan mereka menuai pelbagai pro dan kontra kerana keduanya dipercayai berbeza agama.
Malah majlis agama di republik tersebut berpendapat pernikahan Rizky dan Mahalini sebagai tidak sah kerana perbezaan agama tersebut.
Orang Islam diketahui haram menikah dengan orang bukan Islam. -Gempak
Gempak
Tue May 07 2024

Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Elak tekanan media sosial, Mahalini pilih sorok wajah anak
Elak Tekanan Media Sosial, Mahalini Akan Sorok Wajah Anak

Rizky Febian, Mahalini nikah kali kedua susulan kontroversi perkahwinan tidak sah
Rizky Febian, Mahalini menjalani akad nikah kedua di Hotel Raffles, Kuningan, Jakarta Selatan pada 27 Disember lalu.

Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.

Nikah secara Islam 8 Mei ini, Mahalini & Rizky Febian selamat jalani upacara Dharma Suaka adat Bali
Upacara yang dikenali sebagai Mepamit dan Dharma Suaka itu dilangsungkan mengikut adat dan kepercayaan Mahalini.

Mahalini dilapor bakal pindah agama, menikah secara Islam dengan Rizky Febian
Proses ini dipercayai sebagai petanda bahawa Mahalini yang pada asalnya beragama Hindu akan mengikuti agama calon suaminya iaitu Rizky Febian.

Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.

Siap beraksi di arena lebih besar, konsert Berona Day Rizky Febian pada 3 November
Rizky memaklumkan persembahan berdurasi lebih dua jam itu merupakan konsert untuk mempromosikan albumnya yang berjudul Berona.

Bercinta setahun, Rizky Febian dan Mahalini bertunang
Pasangan penyanyi ini sudah menjalin hubungan asmara selama satu tahun tiga bulan.

16 lagu tanpa henti, ini 8 detik menarik sepanjang konsert Rizky Febian Live in KL
Membawakan lagu-lagu berhantu sejak permulaan kariernya dari tahun 2015, Rizky berjaya membuat persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas.

Dipercayai terima RM1.2 juta bayaran 'wang haram', Rizky Febian disiasat polis
Penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan terkait penerimaan bayaran pembelian produk miliknya yang dipercayai adalah hasil dari duit judi atas talian.