Membawakan lagu-lagu ‘berhantu’ sejak permulaan kariernya dari tahun 2015, Rizky berjaya membuat persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas.
Berkesempatan menghadiri konsert Rizky pada malam tadi, dapat kami simpulkan karya-karya yang dihasilkan oleh pemuda berusia 24 tahun itu sangat segar dan menjadi ingatan.
Di sini Gempak rangkumkan lapan momen menarik sepanjang satu jam setengah konsert Rizky Febian Live in Kuala Lumpur berlangsung malam tadi:
- Konsert bermula pada jam 8.30 malam dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
- Bapa Rizky, pelawak dan pengacara Indonesia Sule turut hadir bagi memberi sokongan kepada Rizky. Adik beradiknya, Rizwan Adriansyach Sutisna dan Putry Delina Andriany Sutisna turut sama berada di sisi bapa mereka sewaktu konsert berlangsung.
- Beberapa selebriti terkenal Malaysia seperti Misha Omar, Dafi, Intan Najuwa dan Bella Astillah dilihat turut menghadiri konsert Rizky.
- Rizky turut mendedikasikan sebuah lagu berjudul Seperti Kisah untuk kekasih hatinya, Mahalini yang duduk sebaris dengan ahli keluarganya.
- Sebanyak 16 lagu dibawa penuh semangat oleh Rizky. Hampir semua lagu itu juga turut dinyanyikan bersama oleh penonton.
- Rizky mengenakan dua persalinan sut hitam dan sehelai kemeja putih sewaktu konsert berlangsung.
- Pasangan suami isteri meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan menghadiri konsert Rizky. Rizky sempat meluangkan masa bergurau bersama pasangan tersebut sehingga membuatkan dia nak berkahwin.
- Kelab peminat Rizky iaitu Rizfelous di Malaysia semangat beratur di hadapan pintu masuk lokasi konsert Zepp Kuala Lumpur sejak pagi bagi mendapatkan tempat di hadapan pentas. -Gempak
Kredit Foto: Der Ahmad Sharu