Ringkasan AI
- Mahalini sedang hamil tujuh bulan dan tidak melakukan persembahan pentas, fokus pada persiapan menyambut anak sulung.
- Mahalini dan Rizky Febian merancang untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka di media sosial untuk menghindari komen dan kritikan.
- Mahalini berharap semua pihak memahami dan tidak mendedahkan wajah anaknya sehingga mereka bersedia.
Sedang menghitung hari untuk bergelar ibu dengan menimang cahaya mata sulung, banyak persiapan yang telah dilakukan pasangan selebriti Indonesia ini.
Mahalini sendiri sudah tidak melakukan persembahan pentas, sebaliknya dia bersama Rizky sibuk membuat persiapan menyambut anak mereka yang bakal lahir beberapa bulan lagi.
Salah satu perkara yang sudah dirancang oleh penyanyi lagu Sial itu adalah tidak akan mendedahkan wajah anaknya di media sosial.
Menurut Mahalini dia membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu tertekan dengan komen dan kritikan pengguna media sosial.
“Doakan saya (selamat sehingga melahirkan anak). Tapi saya tidak mahu mendedahkan wajah anak kerana mahu menghindari komen dan kritikan orang.
“Saya akan tertekan nanti kerana kita pun tahu mental seorang ibu baharu berbeza.
“Saya harap semua pihak mengerti dan tidak akan mendedahkan wajah anak saya dalam konten masing-masing.
“Biar saya dan Rizky benar-benar siap, kami sendiri akan dedahkan wajah anak kami,” ujar Mahalini seperti dilaporkan InsertLive. -Gempak