Metallica akan beraksi di Stadium Merdeka pada 21 Ogos, tiga hari sebelum meneruskan jelajahnya ke Singapura.
Pengesahan tarikh konsert di Kuala Lumpur itu dibuat melalui laman webnya hari ini.

Ini merupakan konsert pertama Metallica di Malaysia dan sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Tiket-tiket akan mula dijual pada Sabtu, 6 Julai mulai pukul 11.30 pagi di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia juga akan dijual melalui dalam talian mulai pukul 10 pagi pada Isnin, 8 Julai di www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my.