PELAKON Puteri Sarah Liyana menjelaskan yang anak-anaknya tidak tahu menahu tentang kes mahkamah yang sedang dilaluinya sejak bulan lalu.
Ujar Sarah, kehidupan dua buah hatinya, Syaikhul Islam dan Sumayyah tidak banyak berubah dan kini berjalan seperti biasa.
“Anak-anak saya tak tahu apa yang berlaku… mereka hanya tahu happy dan pergi sekolah.
"Macam baru-baru ini, saya pergi ke Singapura dan anak-anak dijaga oleh bapa dan ibu mentua saya.
“Jadi, anak-anak ingat mereka hanya berjumpa dengan atuk dan nenek. Alhamdulillah, mereka berada dalam kalangan orang yang supportive.
"Saya tak nak lihat mereka dikelilingi oleh mereka yang toksik. Nanti lama-lama akan memberi kesan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang sangat baik.
“Saya sangat happy sebab selama ini bila saya keluarkan kenyataan, saya ingat saya hanya berseorangan.
"Ramai orang cakap saya asyik keluarkan kenyataan dan sering buka aib. Mereka tanya, mana famili saya? Tetapi ramai yang tak tahu keluarga saya ada di belakang saya.
“Bila Syaikhul masuk hospital dan Datuk dan Datin bersuara, saya berasa sangat lega. Ya Allah, ada orang back up saya!
"Mereka sayang saya dan saya tidak berjuang seorang diri. Saya berasa sangat disayangi,” katanya lagi.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. -Gempak
Gempak
Thu Jul 28 2022

Menurut Sarah, kehidupan dua buah hatinya Syaikhul Islam dan Sumayyah tidak banyak berubah dan kini berjalan seperti biasa. -Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.

Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.