Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, mengakui dirinya bukan sahaja seorang pelakon komedi dan pengarah filem 1950-an hingga 1970-an, malah perintis atau Bapa Teknik Kesan Khas filem Melayu.
Mat Sentol, 91, yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perfileman memiliki pengalaman luas dalam penghasilan teknik kesan khas menerusi filem arahannya, berkata beliau bersedia untuk berkongsi kebolehannya itu dengan pembuat filem pada masa kini.
Antara filemnya yang memperlihatkan teknik kesan khas adalah Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Magic, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mengenai pengalamannya dalam dunia perfileman pada Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), di sini pada Selasa.
Mat Sentol berkata tidak ramai yang mengetahui kebolehannya itu dan beliau sanggup berkongsi ilmu mengenai kebolehan tersebut dengan mereka yang berminat.
Pada majlis yang dianjurkan oleh Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) dengan kerjasama Finas, Mat Sentol turut dianugerahkan dengan gelaran "Bintang Lagenda dan Ahli Kehormat CCIG sebagai penghargaan kepada bakat seni yang dimiliki pelakon veteran itu semasa hayatnya.
Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Sementara itu, Pengerusi CCIG Datuk Jurey Latiff Rosli berkata Mat Sentol sememangnya layak menerima gelaran Bapa Kesan Khas filem Melayu, ini berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas filem lakonan dan arahannya sejak tahun 1950-an hingga 1970-an.
"Kami mengagumi kreativiti dan kebolehan Mat Sentol dalam menghasilkan kesan khas menerusi filemnya seperti Mat Bond, Mat Tiga Suku dan Mat Raja Kapor.
"Kebolehan beliau ketika itu melampaui masa iaitu beliau menggunakan kesan khas dengan mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya walaupun pada masa itu ia dihasilkan secara manual," menurut Jurey.
Katanya, selain kebolehan itu, Mat Sentol juga berbakat dalam bidang animasi dan penulisan skrip drama dan filem.
Jurey yang juga Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkata, kebolehan dan hasil kerja yang ditunjukkan Mat Sentol itu boleh melayakkan beliau mendapat anugerah ijazah kehormat yang setaraf Doktor Falsafah (PhD).
"Saya telah berbincang dengan pihak CCIG dan akan membawa cadangan ini dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Aswara pada minggu depan bagi mengiktiraf dan memberikan anugerah tertinggi ini kepada Mat Sentol pada masa hadapan," katanya.
Mat Sentol memulakan kerjayanya sebagai guru lukis di sebuah sekolah Cina di Singapura dan membabitkan diri dalam bidang perfileman pada tahun 1950-an.
Selain berlakon dan menjadi pengarah filem di Cathay-Keris Film Productions, Singapura, beliau juga menulis lirik dan mencipta lagu. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2017
Mat Sentol memulakan kerjayanya sebagai guru lukis di sebuah sekolah Cina di Singapura dan membabitkan diri dalam bidang perfileman pada tahun 1950-an. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu
Perkara itu seharusnya bukan perkara yang perlu dibimbangi, namun, sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan spekulasi.
Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
DAP tidak pernah bantah peruntukan orang Melayu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu.