Pelakon Jasmine Suraya menegaskan tiada niat untuk membandingkan dirinya dengan bintang tersohor Korea Selatan, Lisa Blackpink!
Jelas Jasmine, dia sebaliknya mengagumi semangat dan personaliti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink yang pernah menyertai rancangan realiti Real Men 300.
Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan, berpanas dan berpeluh, Lisa masih kekal menawan dan berkarismatik.
"Saya dah tak fikir nak nampak cantik-cantik dah semasa penggambaran.
Apa yang saya fikir hanya pastikan semua cabaran berjaya dilakukan," katanya.
Terdahulu, Jasmine memuat naik hantaran di Instagram meletakkan fotonya ketika menyertai Real Men Malaysia: Wira Merah bersama-sama gambar Lisa.
"Siapa sayang @lalalalisa_m angkat tangan!! Omg she’s soooo pretty! Ha nie ha, akak bomba dengan Lisa @blackpinkofficial
"Shoot Real Men Korea pon nampak cantik sangat, kita pulak lintang pukang. Ini pon nak ambik 2 jam cari gambar yang cantik-cantik to match up ngan Lisa," tulis Jasmine.
Hantaran Jasmine itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut memuji semangatnya menyertai rancangan Real Men Malaysia: Wira Merah.
Tambah Jasmine lagi; "Saya sebenarnya sedang mempromosikan rancangan realiti yang saya sertai iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah. Rancangan ini diadaptasi daripada idea asal siri TV, Real Men dari Korea Selatan.
" Lisa merupakan salah seorang daripada peserta itu. Jadi saya seronok tengok halangan yang Lisa dah lalui, mengingatkan cabaran yang saya juga lalui di Real Men."
Untuk rekod, selain Lisa Blackpink, Real Men edisi Korea Selatan turut disertai oleh bintang lain seperti Yook Sungjae, Jackson Wang, Park Hyung-sik dan ramai lagi.
Rancangan itu mendapat sambutan hangat dari serata dunia kerana memaparkan sisi lain bintang-bintang terkenal dalam menghadapi cabaran yang dilalui oleh anggota badan beruniform negara itu.
Gementar shooting Real Men Malaysia: Wira Merah
Jasmine yang sudah menjalani penggambaran Real Men Malaysia: Wira Merah selama satu bulan itu di sekitar Terengganu mengakui ia adalah antara pengalaman paling bermakna sepanjang kariernya dalam industri hiburan.
"Ketika menerima tawaran daripada Astro, saya akui agak gementar. Yelah, kena berpanas, berhujan dan kena buat semua cabaran dan latihan fizikal yang dilalui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tapi saya tahu, saya boleh buat!
"Disebabkan program ini juga saya ada kawan-kawan baru dalam industri. Kami kerap melepak bersama walaupun dah habis penggambaran. They are all fun to hang out with," ujarnya.
Selain Jasmine Suraya, Rancangan realiti tv Real Men Malaysia: Wira Merah yang bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria 104 itu turut disertai oleh Hawa Rizwana, Arieff Yong, Daniel Cheang, Eric Lay, Mat Redho, Shashic dan Wafiy. - Gempak
Gempak
Wed Sep 06 2023
![Masih cantik walau berpeluh berpanas, peminat samakan Jasmine Suraya dengan Lisa Blackpink! Masih cantik walau berpeluh berpanas, peminat samakan Jasmine Suraya dengan Lisa Blackpink!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694016851_TBJasmineSuraya.jpg)
Jelas Jasmine, dia mengagumi semangat dan personaliti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink yang pernah menyertai rancangan realiti Real Men 300. - Gambar Gempak
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81579262402_ismail-izzani-lisa-blackpink.jpg)
Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa
Jumpa Lisa depan-depan, untungnya Mail.
![#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du? #KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553485227_Blackpink.jpg)
#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?
Tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album baharu bakal menjadi kegilaan seperti "ddu-du ddu-du" dari kumpulan BLACKPINK.