UNTUNGNYA Ismail Izzani! Itu antara ayat yang diutarakan oleh peminat apabila penyanyi itu bertemu dengan kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK.

Pengalaman manis itu dikongsi Ismail menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya dua hari lalu.

Video tersebut merakamkan Ismail yang kelihatan agak gementar bertentang mata dengan Lisa sewaktu menerima hadiah daripada figura popular itu.

Lebih manis lagi apabila hadiah itu merupakan hasil kemenangan Ismail bersama kumpulannya yang mewakili Malaysia dalam pertandingan menari dan BLACKPINK merupakan jurinya.

“Beberapa hari lalu saya merasai pengalaman yang menakjubkan bersama pasukan squad. Ini merupakan penghormatan untuk berada dalam pasukan tarian, mewakili Malaysia dan menari di hadapan juri yang cantik.

“Terima kasih @blackpinkofficial kerana menjadi juri dan juga terima kasih kepada @lalalalisa_m kerana momen bertentangan mata bersama saya,” tulisnya.

- The past few days , I had an amazing experience with my @samsungmalaysia A Squad Team


Antara komen yang diterima Mail:

“Bertuahnya kena senyum dengan Lisa,” tulis @cikzatiee

“Untung la dapat jumpa Lisa depan-depan,” komen @puterinursabrina

Terdahulu, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 20, sememangnya terkenal sebagai seorang penyanyi yang mempunyai kebolehan untuk menari.