AKTOR terkenal Mark Wahlberg mendermakan AS$1.5 juta kepada dana undang-undang Time's Up.
Tindakan itu dibuat selepas pendedahan Wahlberg dibayar AS$1.5 juta untuk proses penggambaran semula filem "All The Money in the World".
Rakan pelakonnya, Michelle Williams pula hanya menerima AS$80 sehari untuk kerja-kerja tambahan itu.
Beberapa adegan terpaksa dirakam semula selepas aktor Kevin Spacey disingkirkan daripada filem berkenaan, susulan dakwaan melakukan serangan seksual.
Dana undang-undang Time's Up akan digunakan untuk membantu mereka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual di tempat kerja.
Kempen Time's Up merupakan gerakan menentang serangan seksual, diasaskan Januari lalu sebagai reaksi skandal berkenaan dalam industri perfileman Hollywood.
Isu serangan seksual jadi topik utama, selepas pendedahan penglibatan beberapa tokoh terkenal di Hollywood, antaranya penerbit dan pengarah tersohor, Harvey Weinstein, dan Spacey.
Pada Disember 2017, majalah Time menamakan mangsa serangan seksual atau "Silence Breakers" sebagai "Person of the Year".
Gerakan menentang serangan seksual dalam industri ini juga mendorong kewujudan #MeToo, yang menyaksikan wanita dan lelaki yang jadi mangsa serangan membuat pendedahan di media sosial berhubung pengalaman mereka.
Topik serangan seksual juga terus hangat, dengan ucapan pengacara terkenal Oprah Winfrey ketika menerima anugerah Cecile B. Demill di Anugerah Golden Globe, menyentuh secara langsung mengenai diskriminasi yang dihadapi wanita.
Astro Awani
Sun Jan 14 2018
Mark Wahlberg derma hasil lakonan dari filem "All The Money in The World" untuk bantu mangsa serangan seksual - REUTERS
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Mark Wahlberg derma AS$1.5 juta kepada dana undang-undang Time's Up
Tindakan itu dibuat selepas pendedahan Wahlberg dibayar AS$1.5 juta untuk proses penggambaran semula filem "All The Money in the World".