Kata Farah atau nama sebenarnya Farah Nabillah Saipuddin, 25, pakaian yang diperagakan ketika majlis itu mengikut permintaan pengantin sendiri selain Datuk Rizalman Ibrahim sendiri.
"Datuk Rizalman meminta agar saya selaku pengapitnya memakai dres berwarna putih dan saya mendapatkan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk menyiapkan busana untuk majlis itu.
"Mungkin perincian pada dres itu nampak sedikit sarat walaupun saya cuma pengapit pengantin.
"Tambah pula Izara pun meminta saya untuk memakai dres berwarna putih, jadi saya turutkan sahaja permintaan pengantin.
"Bukan saya seorang yang pakai putih, pengapit pengantin lelaki pun pakai warna yang sama untuk kelihatan cantik ketika bergambar.
"Jadi, tiada istilah overshadow pengantin pun sebab saya rasa sangat terharu untuk berada di samping kawan baik saya ketika hari bahagianya," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Bukan roti tisu, itu konsep 'future classic' - Rizalman sekolahkan netizen
Malah, ada segelintir netizen yang menyifatkan dres yang dipakai Farah tidak kena dengan majlis terbabit.
Teks oleh: Amri Hassan