PELAKON, model dan pengacara, Scha Alyahya terkejut apabila mendapati dirinya termasuk dalam senarai 'rudest celeb you've ever met' yang kini trendnya sedang tular di media sosial Twitter.
Jelas Scha, 40, seperti mana pendiriannya tidak berkenan dengan individu yang punyai sikap biadab atau sombong, begitu juga dirinya yang sentiasa berpegang pada prinsip berbuat baik sesama manusia.
"Saya terkejut dengan 'trend' tersebut. Mungkin sedar tak sedar saya mungkin pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Mustahil kita sebagai manusia tak pernah buat salah.
"Bagi saya, untuk biadab itu jauh sekali untuk saya bersikap sedemikian.
"Saya memang pantang, paling tak suka orang berlagak, rude! Tak payahlah nak berlagak dengan saya.
"Bagi saya, pada akhirnya kita semua sama, jadi kalau ada berdepan dengan situasi sedemikian dengan saya, saya nak minta maaflah.
"Mungkin saya tak sedar atau saya ada masalah, mungkin tak sengaja. Jadi harapnya, ketidaksenangan itu mungkin daripada salah saya yang tak sedar," katanya kepada Gempak.
Scha yang ditemui pada acara Bual Bicara: Seminar Komunikasi Antarabudaya anjuran pelajar sarjana Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini menegaskan trend sedemikian tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk melabel individu.
"Itu kan trend, benda orang main-main saja. Kadang-kala okey, kadang kala tak okey. Cuma janganlah terlalu taksub sampai jatuh hukum pada seseorang itu.
"Kadang-kadang kita perlu berhati-hati benda yang kita nak kongsi, cakap atau cop seseorang itu. Kerana kesannya kepada orang yang kena, jadi berhati-hatilah.
"Benda mainan seperti trend ini okey. Tapi jangan sampai susahkan orang, kena ada limit dan tahu sesuai atau tidak.
"Sosial media ini banyak mainannya, kadang-kadang yang buatnya seorang dua, dihebahkan lama kelamaan jadi besar.
"Nak main tak salah, cuma berpada-pada," nasihatnya.
Terdahulu, trend artis sombong melawan artis baik yang bermula di Hollywood menjadi topik tular di Twitter apabila ada warganet yang berkongsi pengalaman masing-masing bersama artis tempatan.
Beberapa selebriti seperti Siti Khadijah, Hael Husaini, Neelofa dan Scha Alyahya sendiri terheret dalam trend tersebut. -Gempak
Gempak
Sun Jun 04 2023

SCHA: Saya terkejut dengan 'trend' tersebut. Mungkin sedar tak sedar saya mungkin pernah tak tegur orang, tak tersenyum. Mustahil kita sebagai manusia tak pernah buat salah. -Gempak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Maaf, mungkin tak sengaja' - Scha Alyahya terkejut tersenarai antara artis 'rude' di Twitter
Scha Alyahya Terkejut! Tersenarai Antara Artis 'Rude' Dalam Trend Di Twitter - "Saya Minta Maaflah, Mungkin Tak Sedar Atau Tak Sengaja ..."

Lyla Amina nama anak kedua Awal Ashaari, Scha Alyahya
Perkongsian itu dibuat Awal dan Scha sempena genap sebulan usia anak mereka yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

"We are very excited for you" - Lara Alana tak sabar nak jumpa adik baru
Lara Alana berkongsi keterujaan itu di laman media sosial miliknya, pada Khamis.

Tahniah Awal Ashaari dan Scha Alyahya! Lara Alana bakal dapat adik
Pada muat naik tersebut, Awal menyatakan bahawa kandungan Scha kini sudah hampir memasuki empat bulan.

Pentas Dewi Remaja kini dibuka
Misi pencarian Dewi Remaja kini diteruskan lagi.

Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Tindakan seorang individu yang membunuh seekor monyet dengan cara menembaknya tular di media sosial sejak semalam.

Pendedahan Awal Ashaari
Hos dan pelakon popular, Awal Ashaari sentiasa merasakan dirinya tidak sehebat pelakon berbakat lain setiap kali dia muncul dalam sesebuah drama atau filem.

Awal, Scha menang tuntutan saman RM345,305
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menang kes tuntutan saman sebanyak RM345,305 terhadap syarikat DHaja (M) Sdn Bhd yang menjadi pengedar kedua minyak wangi eksklusif mereka.
.jpg)
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.

Scha Alyahya bergaduh dengan Sharifah Sakinah?
Gempak mendapat kiriman sebuah video berdurasi 13 saat yang memaparkan dua orang pelakon, Scha Alyahya dan Sharifah Sakinah yang sedang bertegang urat.