Bahkan, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu juga sedia maklum hati ibunya benar-benar terluka melihat apa yang terjadi.
Namun, semua itu tidak dapat membuatkan Syamsul, 39, akur dengan permintaan ibu tercinta iaitu menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Dalam sidang media di ibu negara semalam, Syamsul berkata, dia tidak pernah terlintas membelakangi ibunya khususnya dalam soal berkahwin dua.
“Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.
“It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut, Syamsul itu menjelaskan, dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah sekiranya mahu dia menceraikan isterinya, Sarah.
Menurutnya lagi, dia sudah pun berhubung dengan ibunya.
“Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya.
“Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, dia tetap ibu saya.
“Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.
“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istiqarah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat.
“No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya ada buat istiqarah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” tambahnya sambil memaklumkan akan berjumpa ibunya dan ayahnya, Datuk Yusos Haslam tidak lama lagi.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.