DUA individu yang bertugas di set penggambaran yang melibatkan sebuah kumpulan K-Pop telah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Tatkala sesi penggambaran sedang berlangsung, kedua-dua kakitangan berkenaan dimaklumkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Seoul cawangan Gangnam bahawa mereka berkemungkinan merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Memetik laporan tempatan, mereka meninggalkan lokasi penggambaran untuk menjalani ujian saringan dan tidak lama kemudian, disahkan positif jangkitan virus korona.

Difahamkan, penggambaran berkenaan melibatkan kumpulan K-pop OnlyOneOf.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[#Teaser/


Berita tersebut disahkan agensi 8D Creative yang menaungi kumpulan itu, menurut laporan allkpop.

Bagaimanapun, kedua-dua kakitangan yang masing-masing berusia 30-an dan 40-an itu tidak terlibat secara langsung dengan 8D Creative kerana merupakan kakitangan sebuah agensi luar.

Sementara itu, OnlyOneOf telah mengiikuti penggambaran dengan menjelajah bandar-bandar di wilayah utara Jeolla sejak 21 Oktober.

Sekitar 25 staf penggambaran dan empat anggota OnlyOneOf terlibat dalam penggambaran yang terdedah pada dua kakitangan yang disahkan positif COVID-19 itu.



“Anggota OnlyOneOf iaitu KB, Love, Yoojung dan Nine merupakan kontak rapat kepada kedua-dua kakitangan yang diuji positif COVID-19.

“Semua anggota OnlyOneOf dan juga semua kakitangan agensi kami secara sukarela membuat keputusan untuk menjalani ujian saringan,” kata 8D Creative dalam satu kenyataan.

OnlyOneOf membuat debut pada May 2019 dan dianggotai oleh tujuh jejaka iaitu Love, KB, Rie, Yoojung, Junji, Mill dan Nine.