LOS ANGELES: Menutup kontroversi lama yang bertiup sejak empat tahun lalu, penyanyi Selena Gomez dan model Hailey Bieber dilaporkan berbaik selepas dilihat mesra di Acara Tahunan Muzium Akademi 2022 yang berlangsung di Los Angeles, Sabtu lalu.
Memetik laporan Billboard, kehadiran Gomez dan Hailey Bieber ternyata mencuri perhatian ramai selepas dilihat mengambil gambar bersama sambil bersandar rapat.
Baru-baru ini, Hailey yang muncul dalam podcast Call Me Daddy menegaskan dia tidak pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan Selena dan Bieber, sekali gus merampas Bieber dari Gomez.
"Bukan sifat saya untuk bergelar perampas. Tidak, tidak pernah dan tidak berminat untuk lakukan hal itu.
“Ketika kami memulakan hubungan, Justin tidak lagi berada dalam hubungan lama. Jika kami sudah move on, kenapa mereka tidak boleh?
“Saya dibesarkan dengan nilai moral lebih baik berbanding apa diperkatakan tentang saya.
"Saya tidak berminat merosakkan hubungan orang dan tidak sesekali melakukan perkara itu,” luah Hailey.
Sehingga kini, meskipun Hailey dan Bieber sudah berbahagia, dirinya masih menerima kecaman yang tidak boleh menerima kenyataan daripada peminat Selena Gomez.
Susulan temu bual itu, Gomez turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir peminatnya yang melakukan buli siber terhadap Hailey.
“Ada beberapa hal yang saya rasa saya tidak perlu nampak atau tahu kerana ia hal yang jijik dan keji untuk dituturkan.
"Tidak adil dan saya rasa tidak perlu seorang pun patut berkata dalam cara begitu,” luahnya menerusi Tiktok.
Untuk rekod, Hailey dan Justin berkahwin selepas beberapa bulan Justin dan Selena berpisah pada September 2018.
Susulan perkahwinan mereka, para peminat melabel Hailey sebagai perampas dalam hubungan Justin dan Selena yang sudah masuk tahun kelapan.
Faida Rahim
Tue Oct 18 2022

Hailey yang muncul dalam podcast 'Call Me Daddy' menegaskan dia tidak pernah menjadi orang ketiga dalam hubungan Selena dan Bieber sekali gus merampas Bieber dari Gomez. -Instagram @tyrellhampton

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Tabika Berkeperluan Khas memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai.

Qantas catat kenaikan untung 11 peratus bagi Julai-Disember 2024
Kumpulan Qantas Group pada Khamis mengumumkan keuntungan asas sebelum cukai sebanyak A$1.39 bilion (AS$874.2 juta) bagi tempoh enam bulan.
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.

MCMC berhubung dengan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat - Fahmi
MCMC sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini.

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.

Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.

Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.