KUALA LUMPUR: Yayasan Nurjiwa mengesahkan 'Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijadualkan pada 9 Mac depan akan diteruskan, sekali gus ia tidak akan ditunda.
Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran konsert tersebut adalah sangat jelas untuk berkongsi rezeki dan amat diyakini akan mengurangkan beban penderitaan sesetengah golongan termasuk rakyat di Palestin.
Khalid yang juga suami kepada Siti Nurhaliza berkata, Yayasan Nurjiwa dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor, agar konsert tersebut ditunda pada satu tarikh lain.
"Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, kami di Yayasan Nurjiwa dan pihak Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.
"Kami di Yayasan Nurjiwa juga telah diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan kepada kami.
"Untuk pengetahuan semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu.
"Namun, memahami matlamat dan objektif utama penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza membuatkan kami mencapai keputusan secara konsesus untuk meneruskannya," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Khalid menambah penundaan konsert itu akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak khususnya produksi serta pengurusan Perbadanan Stadium Nasional.
"Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disaluran dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.
“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.
“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.
"Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata Khalid lagi.
Selain itu, beliau menjelaskan Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan 'Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza' adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster termasuk kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan, serta bantuan khas Palestin.
Selain itu, Yayasan Nurjiwa juga katanya mempunyai program khas sedekah Nur Muhammad yang menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan.
"Bertitik tolak daripada matlamat itu juga, Yayasan Nurjiwa terfikir ada baiknya pementasan 'Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza diteruskan'," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 18 2024

Khalid memaklumkan penganjuran konsert tersebut adalah sangat jelas untuk berkongsi rezeki dan amat diyakini akan mengurangkan beban penderitaan sesetengah golongan - Foto/Instagram ctdk

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Konsert Siti Nurhaliza kekal pada 9 Mac, ditunda beri implikasi besar
Yayasan Nurjiwa dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulau Pinang