Pentas Seni KL atau Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bakal pentaskan karya Tennessee Williams ‘A Streetcar Named Desire’ dalam bentuk pementasan muzikal.
Menurut koreografer KLPAC Lex Lakshman, ini kali pertama karya Tennessee Williams dipentaskan dalam bentuk muzikal.
“Ramai pihak sudah pentaskan karya ini, kita cuba cari kelainan dengan mementaskan karya terkenal ini dalam versi muzikal dan ini adalah yang pertama seumpamanya.
“KLPAC mencari 10 hingga 12 penari berbakat untuk menyertai pementasan arahan Joe Hasham ini selain akan turut memilih dua penari untuk watak utama” katanya lagi.
Lex yang juga terlibat dalam pencarian bakat baru turut memberitahu bahawa dua watak utama dalam pementasan ini adalah penari wanita dari Jepun.
“Ini adalah kolaborasi KLPAC dengan JTI Malaysia dan HANDS Percussion dalam menggabungkan dua negara iaitu Jepun dan Malaysia” jelas Lex ketika dihubungi Astro AWANI.
Program Theatre For Young People 2014
Selain itu, menurut Lex, KLPAC turut mencari 10 hingga 15 orang anak muda berumur 16 tahun ke atas yang berminat di dalam bidang lakonan, pengarahan, tarian, nyanyian, penulisan serta kerja belakang tabir untuk menyertai program Theatre For Young People 2014 (T4YP).
Mereka yang terpilih akan berpeluang mengikuti latihan bersama nama-nama besar seperti Mark Beau De Silva, Datuk Faridah Merican, Joe Hasham, Ian Chow dan banyak lagi.
Di akhir program ini, mereka berpeluang untuk menunjuk bakat di Teater Tari dan Muzik, Pentas 2 KLPAC.
“Objektif program ini adalah untuk melatih anak muda yang berbakat ini selain memberi pendedahan dan peluang belajar dari tenaga pengajar yang berpengalaman” kata Lex yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang tarian.
Kepada yang berminat untuk menyertai dua ujibakat ini sila layari laman portal KLPAC untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai T4YP dan pementasan muzikal A Streetcar Named Desire karya Tennessee Williams.
Azyyati Ahmad
Wed Feb 19 2014


Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KLPAC anjur ujibakat untuk karya Tennessee Williams versi muzikal
KLPAC mencari penari berbakat untuk menyertai pementasan karya Tennessee Williams A Streetcar Named Desire berbentuk muzikal.